1. Kedoktoran & Pergigian
Tidak dinafikan bidang pengajian ini paling laku di Malaysia kerana kebolehan ia mendapat tempat dalam dunia pekerjaan sejurus selepas tamat pengajian. Namun begitu, untuk mendapat ijazah dalam medikal ini, tidak mudah kita perlu menjalani pengajian yang sangat lama dan panjang, ada yang 6 tahun, ada yang 8 hingga 9 tahun.
Selepas tamat pengajian, semua doktor perlu menjalani ‘houseman’ di hospital kerajaan. Di sini baru pengalaman menjadi doktor itu bermula, kerana ada juga houseman tidak berjaya menamatkan latihan 2 tahun itu. Houseman ini macam program ‘pengenalan’ untuk doktor sebelum naik pangkat sebagai Medical Officer (MO). Kedua-dua kedoktoran dan pergigian perlu menjalani program ini sebelum dibenarkan untuk berkhidmat ke hospital atau klinik luar.
Pastikan anda betul-betul minat dan ikhlas untuk membantu orang ramai kalau nak jadi seorang doktor. Kerjanya lebih masa, belajarnya penat. Namun tugasnya mulia, bantu mengubat sakit dan menyelamatkan nyawa manusia. Andai ada anak murid cikgu yang berminat dalam bidang ini, cikgu doakan yang terbaik buat semua, semoga sikit-sikit ilmu yang cikgu share dengan anda semua, cikgu akan dapat serba sedikit pahala juga.
2. Sains Veterinar
Selain manusia, haiwan juga banyak diluar sana. Peluang pekerjaan untuk Sains Veterinar agak meluas, bukan sahaja seperti bekerja di klinik haiwan, zoo, jabatan perhilitan, sektor perladangan, malah terdapat beberapa kilang-kilang pengeluaran memerlukan veterinar untuk menjaga kebajikan haiwan.
Untuk menjadi veterinar, kita bukan hanya perlu mengenali kucing atau anjing sahaja, malah kita perlu mengetahui semua jenis haiwan termasuk ikan, tikus, kuda, khinzir dan lain-lain. Sebenarnya kerja sebagai veterinar juga adalah pekerjaan yang mula, walaupun sebagai umat Islam mungkin ada masa perlu untuk memegang anjing atau khinzir, namun haiwan juga makhluk Allah.
3. Medical Related
Bidang yang berkait rapat dengan medikal adalah seperti farmasi, dan psikologi. Ada juga beberapa bidang lain seperti bio-medikal, bio-sains, sains sukan, nursing dan lain-lain. Farmasi dan Psikologi adalah bidang yang sama sukar dengan kedoktoran dari segi belajar.
Kalau ikutkan pengalaman cikgu di UiTM Pulau Pinang, rakan-rakan farmasi semua straight A’s cuma mereka tidak berminat dalam kedoktoran. Namun begitu, kita kena tahu 1 doktor yang keluar, 1 farmasis juga diperlukan didunia ini. Kepada yang berminat untuk meneruskan dalam bidang ini, cikgu doakan semua mendapat kejayaan.
4. Senibina, Pembinaan dan Perancangan
Bidang ini merangkumi beberapa program, seperti arkitek, surveyor, perancangan pembangunan dan lain-lain. Arkitek berada di tangga teratas kerana negara yang membangun seperti Malaysia memerlukan ramai arkitek dan mereka dalam bidang pembinaan.
Seperti membangunkan bandar baharu, membina bangunan, masjid, tempat tinggal dan lain-lain. Tanpa mereka dari bidang pembinaan dan perancangan, berkemungkinan besar sesuatu bandar itu akan ketinggalan banyak infrastruktur yang penting, seperti sekolah yang sempit, tiada perkhidmatan bas di bandar, sampah tidak dikutip, dan lain-lain.
Banyak universiti yang menawarkan program senibina (arkitek) ini, antara yang terbaik adalah di UTM, UiTM, USM, Taylor, dan Limkokwing. Yang paling penting nak jadi arkitek ini mesti pandai melukis, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan kreatif. Belajar sebagai seorang arkitek juga tidak mudah, kebanyakkan mereka perlu menghabiskan masa dan wang untuk berjaya menggapai ijazah tersebut.
5. Kejuruteraan
Kejuruteraan yang paling umum dikenali di Malaysia ada empat
- Kejuruteraan Awam
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Kimia terkenal di Malaysia kerana kita adalah negara pengeluar minyak, yang amat memerlukan kepakaran setiap hari. Manakala Kejuruteraan Awam pula sangat penting dalam memastikan kepesatan pembangunan kita berjalan dengan lancar.
Macam mana pula dengan Mekanikal dan Elektrik? Semua ada bahagian masing-masing, seperti kejuruteraan mekanikal dan elektrik, negara kita juga sebuah negara pengeluar kenderaan, negara yang mempunyai banyak kilang-kilang yang memerlukan kepakaran.
Sebenarnya bukan kepakaran yang ditagih, tetapi otak dan disiplin mereka dalam bidang kejuruteraan ini yang diperlukan. Orang engineering ini, fikirannya sama sahaja, gaya kerja juga sangat straight forward dan jiwanya tegas.
Jadi ini lah TOP 5 bidang yang cikgu nak share kat anda semua, next cikgu cerita TOP 10 pula. Apa pun, bila belajar ini make sure hati kita ada minat, pastikan tiada siapa yang memaksa kita dalam belajar, dan tiada siapa yang menentukan hala tuju pelajaran kita.
Cikgu doakan yang terbaik buat semua dan berharap semua anak-anak didik cikgu mendapat keputusan yang hebat SPM akan datang. Amin.
Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami