Kita sambung perbincangan yang lepas, iaitu Top 5 Universiti Terunggul di Malaysia kepada TOP 10. Kepada yang belum membaca TOP 5, boleh baca di Top 5 Universiti di Malaysia mengikut QR World University Ranking.
Secara kesimpulannya TOP 5 adalah
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Taylor’s University
Cikgu pernah beberapa kali ke Taylor’s University, malah masa cikgu Degree dulu, bila rakan-rakan cikgu mencari tempat untuk menyambung pengajian, cikgu sangat-sangat recommend Taylor’s. Bukan sahaja kampusnya cantik menghadap tasik lagi, tapi khursus yang ditawarkan hebat-hebat belaka. Sebahagian daripada khursus yang ditawarkan memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil “twinning” program di luar negara.
Sebenarnya, selepas habis SPM ramai yang tak berminat untuk sambung di Taylor’s berbanding universiti awam, ini disebabkan satu “stigma” oh Taylor’s ini untuk anak orang kaya yang tak pandai tapi sambung belajar di Taylor atas tajaan FA-MA (Father Mother). Namun begitu, Taylor’s telah membuktikan sebaliknya, sebab mengikut ranking, univerisiti swasta terbaik di Malaysia jatuh kepada Taylor’s Universiti (tidak termasuk kampus universiti luar negara, dan universiti twinning program seperti Nottingham, South Hampton, Monash, German-Malaysian Institute dan lain-lain).
Jadi, andai kata lepas SPM anak-anak didik cikgu berminat untuk menyambungkan pelajaran di salah sebuah Universiti terunggul di Malaysia, dan mempunyai kelengkapan yang seba baharu dan canggih boleh sambung di Taylor’s. Bidang-bidang yang terbaik boleh diambil di Taylor’s adalah
- Hospitality, Tourism & Events (Mendapat tempat ke 14 di Dunia)
- Business Studies
- Architecture
- Media and Communication
- Science
- Medicine
- Engineering
- Computing
- Law
- Education
7. UCSI University
UCSI University mendapat tempat ke 7 di Malaysia membuahkan hasil daripada kerjasama yang dilakukan Universiti ini bersama Universiti luar negara seperti Birmingham University dan lain-lain. Twinning program seperti ini bukan sahaja membolehkan pelajar kita mendapat sijil dari luar negara, ia juga membolehkan pelajar kita belajar dan menimba ilmu diluar sana dan membawa balik ke Malaysia.
8. Universiti Teknologi Petronas
Universiti ini merupakan syarikat subsidari dari PETRONAS, secara peribadinya, cikgu sendiri pernah belajar di UTP untuk Master in Mechanical Engineering. Universiti ini mempunyai kelengkapan yang terbaik, infrastruktur yang terbaik sehinggalah ke surau dan masjidnya. Yuran tahunan untuk pelajar dari Malaysia juga sangat murah jika dibandingkan dengan kelengkapannya. Tahukah anda, perpustakaan di UTP ini adalah yang terbaik dan tercantik di Malaysia? UTP ini sebuah kampus yang sangat besar, kalau berjalan kaki dari blok ke blok memang penat betul.
9. Universiti Utara Malaysia
UUM ini terletak di Kedah, merupakan projek universiti ke enam Malaysia. Kampusnya yang luas, dan pesaing abadi UUM ini adalah UiTM Kedah, dalam apa jua sukan dan pertandingan sekalipun.
UUM ada beberapa program yang sangat hebat dan mendapat tempat di dunia, antaranya adalah,
- Business Management
- Islamic Businesses
- Accountancy
- Economy, Finance & Banking
- Technology & Logistic Management
10. Management and Science University (MSU)
MSU ini dekat sahaja dengan Pusat Tuisyen Aster Seksyen 13, kalau ikutkan cikgu pernah beberapa kali ‘hire’ pelajar MSU sebagai admin Aster.
MSU ini dahulunya dikenali sebagai PTPL, kemudian berubah kepada MSU sebelum berpindah ke bangunan baharunya. Jadi ini lah TOP 10 Universiti terbaik di Malaysia. Ke mana anda mahu sambung belajar selepas SPM ini?
Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami