Top 10 Bidang Pengajian Paling Laku di Malaysia

Alhamdulillah nampaknya ramai anak-anak didik cikgu berminat nak tahu bidang pengajian paling laku di Malaysia. Kita punya posting yang lepas mendapat tempat yang sangat baik, dan hari ni cikgu nak habiskan TOP 10 Bidang Pengajian Paling Laku di Malaysia.

Kepada yang belum baca Top 5, boleh terus ke Top 5 Bidang Pengajian Paling Laku di Malaysia

Secara kesimpulannya Top 5 adalah

  1. Kedoktoran & Pergigian
  2. Sains Veterinar
  3. Medical Related
  4. Senibina, Pembinaan dan Perancangan
  5. Kejuruteraan

6. Computer Science

Computer Science mendapat tempat yang baik kerana sedikit-sebanyak pelajar-pelajar yang ambil CS ni tahu banyak perkara yang berkaitan dengan komputer, sebagai contoh Software Hardware, Coding, Graphic Design, Coding, Programming, System, dan lain-lain. Manakala, kalau pelajar yang ambil Graphic Design sahaja, mereka akan tertumpu kepada satu bidang sahaja.

Untuk mereka yang boleh faham bahasa “coding” ini, memang beruntung, sebab diluar sana banyak betul kerja yang dioffer, sebab tu orang cakap engineering juga related dengan computer science. Cuba kita tengok LRT sahaja, tiada driver semua totally computerise, jadi ini adalah tugas mereka yang mengambil bidang CS untuk memastikan kereta api berjalan dan sebagainya.

Kalau macam cikgu yang tak pandai sangat baca Coding ni memang susah tau, sebab tu cikgu ambil kejuruteraan.

7. Education / Pendidikan

Cikgu tahu, anak-anak murid cikgu sangat hormat kepada guru. Ada satu masa mungkin dalam hati kita teringin sangat nak jadi guru sebab nak menambur bakti. Seperti yang kita tahu, bidang ini kekurangan kaum adam, jadi kalau anak-anak didik cikgu berminat nak jadi guru, boleh ambil bidang ini. Kerja yang mulia, kalau nak cakap stress ke tak stress kerja jadi guru ni, semua kerja pun stress! Tapi pasang balik niat kenapa kita nak bantu orang.

Jadi ada universiti di luar sana menawarkan program pendidikan, kalau nak mudah lagi boleh terus mohon IPG untuk jadi guru. Ada juga program tambahan kalau berminat nak jadi guru, contohnya Abu dah ada degree dalam engineering, dan nak jadi guru boleh menyambung pelajaran selama 6 bulan macam tu untuk dapatkan sijil menjadi guru di sekolah. Macam mana jadi guru tuisyen pula? Pastikan Pusat Tuisyen itu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Daerah, seperti kami di ASTER.

8. Business Studies

Bidang ini ramai yang ambil, cuma dengar perkataan bisnes tu, ramai yang ingat keluar-keluar mesti jadi bisnesman. Sedangkan ada yang buat bisnes tanpa degree pun berjaya! Namun begitu, belajar bisnes ini memberi peluang kita bekerja sebagai pengurus disyarikat, lepas berpengalaman boleh jadi CEO.

Selain itu, sebab dalam khursus ini banyak subjek yang kita belajar, antaranya ekonomi, perniagaan, dan lain-lain. Jadi, andai kata ada anak-anak didik cikgu yang berminat dengan business besar nanti, boleh daftarkan diri untuk program ini. Namun begitu, jangan cakap ada degree business boleh berniaga. INI SALAH. berniaga ni perlukan banyak lagi ilmu, tapi sekurang-kurangnya bila ada degree ni, kita one step ahead. Kebanyakkan usahawan-usahawan berjaya pun mereka akan sambung Master Business Administration (MBA), kerana ada ilmu yang perlu juga kita belajar secara formal.

9. Sains Matematik

Program Mathematical Science ini penting pada syarikat-syarikat yang perlu membuat kira-kira. Sebagai contoh, tahun ini sale 50,000 berapa staff kita perlukan, berapa gaji perlu bagi dan sebagainya. Tambahan pula, sesetengah tempat itu perlu kita lahirkan formula untuk sistem mereka sendiri. Jadi di sini Mathematical Science diperlukan.

10. Pengajian Sosial

Pengajian sosial ini secara asasnya macam kaunselor. Macam kaunselor kat sekolah tu. Cikgu Kaunseling yang korang panggil. Tapi kaunseling ini bukan tertakluk jadi cikgu sekolah sahaja, banyak peluang lagi diluar sana. Macam cikgu pun sama pernah jejak di unit Kaunseling Selangor, sebab otak cikgu perlu luahkan masalah-masalah yang cikgu hadapi. Kalau di Petronas KLCC pun memang ada unit kaunseling, untuk make sure staff boleh kerja dengan efektif, di kilang-kilang pun ada. Jadi kerjaya ini sangat penting, sebab tu peluang pekerjaan juga luas dan mendapat permintaan yang tinggi.

Jadi, dalam semua sepuluh ini, ada lagi yang korang minat tak ada? Contohnya, Lawyer (Undang-undang), Perakaunan (Accountancy). Tapi bukan cikgu nak cakap program lain tak menarik, tapi ini dibawah kajian infopelajar2u, mendapati program-program ini mudah mendapat pekerjaan. InsyaAllah nanti cikgu akan kupas sikit lagi, kenapa undang-undang dan accountancy tak termasuk dalam TOP 10.

Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop