GOLD_WHITE
Start Now

Senarai Simpulan Bahasa Tingkatan 4 & Tingkatan 5 SPM

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

 

4. Meninggi diri

Maksud : Sombong

5. Bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

6 Baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. Tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. Seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. Terang hati

Maksud : Lekas pandai.

16. Rendah hati

Maksud : Tidak sombong.

17. Murah hati

Maksud : Pemurah.

18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

20. Lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

21. Bagai aur dengan tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

22. Anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

24. Mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

25. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

26. Indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

27. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

28. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

29. Kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

30. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

31. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

32. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

33. Memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

35. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

36. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

37. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

38. Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

39. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

40. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

41. Biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

42. Sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

43. Berbesar hati

Maksud : Gembira.

44. Anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

45. Tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

46. Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

47. Batu penghalang

Maksud : Halangan

48. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

49. Bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami

 
 
 
 
 
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop