1. Kenali Gaya Belajar
Beberapa kali dah cikgu ulang dalam LIVE cikgu mengenai kenali cara belajar. Setiap insan ada bakat tersendiri dalam belajar. Ada yang tengok dah faham, ada yang senyum-senyum dah faham, ada yang kena study hard sikit baru faham, ada yang kena ada cikgu depan dia baru faham.

Dalam musim pandemik ini, tak ada cara lain untuk kita belajar selain secara online. Jadi samada kita fokus dalam kelas, buat latihan sendiri, join seminar-seminar dan ada juga yang join kelas online. Semua teknik adalah betul, cuma “mazhab” sahaja yang cikgu risau salah, yelah cuba bayang kalau buat pastyear Fizik, soalan 1 ikut cara cikgu A, soalan 2 ikut cikgu B, soalan 3 ikut cikgu C.
Sebab tu cikgu Shahrin beliau buat program Kelas Cikgu Shahrin Video Tutorial (KCS) yang fokus untuk past year Fizik dan Add Maths, yang banyak gila masa Cikgu Shahrin dah spend untuk buat soalan-soalan past year dan untuk pelajar-pelajar rujuk. Nak tahu lebih lanjut pasal KCS boleh ke www.aster.edu.my/kcs Sebab selain Video Tutorial, cikgu Shahrin ada juga buat kelas LIVE setiap Rabu dan Jumaat untuk dua subjek ni.

2. Siapkan tugasan dan homework!
Cikgu tahu anak-anak murid cikgu ada yang masih sibuk dengan kerja khursus, tapi kita perlu lebih bijak membahagi masa sebab kalau ikutkan masa dah tak cukup untuk kita study SPM nanti.

Ada yang cikgu tuisyen bagi homework juga, amik inisiatif ini untuk belajar lebih untuk exam. Kalau cikgu bagi 2 soalan, buat 4 soalan, 5 soalan lebih. Kalau masa tak cukup nak tambah soalan latihan, sekurang-kurangnya setiap hari tu ambil peluang untuk siapkan homework.
Set jadual untuk homework dan subjek yang korang akan buat, bangun awal dan aturkan masa sebaik mungkin. Belah pagi dan malam gunakan masa ni untuk belajar sebab ini rutin asal kita sebagai seorang pelajar. Mungkin ada yang nak main game, spend belah petang sikit dan sebelum tidur cukup untuk kita relaks kan diri daripada study sahaja.

3. Elakkan diri salah guna komputer, handphone dan internet.
Kalau dah belajar guna komputer dan handphone ni, kuat-kuatkan iman. Elakkan diri daripada terpesong main game semasa belajar.

Kerana itu pentingnya jadual belajar. Tak semestinya kena sentiasa belajar, ada masa kita kena rehatkan juga minda tu. Tapi, jangan lah pula kalau time tu kena study, korang pergi main among us pula. Main waktu nak tidur nanti.

4. Belajar di tempat yang betul
Masa cikgu belajar dulu, especially self-study cikgu akan setting elok-elok tempat belajar cikgu. Sebab nak self-study ni kena disiplin yang tinggi. Cuba setup meja study jauh sikit dari katil, supaya kalau kita malas-malas tak duduk atas katil je.

Belah petang, ambil peluang study di ruang depan rumah, atau di meja dapur, supaya kita tak asyik fokus pada katil sahaja. Kalau di rumah ada ruang library, belajar di situ. kalau tiada cari ruang-ruang yang sesuai kita self-study. Sebab yang nak exam bukan orang lain selain awak!

5. Sentiasa berkomunikasi dengan guru.
Ini yang paling penting, kalau kita tak tahu, make sure kita bertanya kepada cikgu. Kalau di ASTER pelajar dan ibubapa mudah akses dengan cikgu. Kalau tak tahu, tanya.

Kalau boleh join lah kelas-kelas free banyak kat luar sana. Effort je nak ke tak nak. Cuba banyangkan berapa banyak ilmu kita boleh collect dan kuatkan. Bila dah join, jangan tak tanya soalan, tanya sahaja, semua ilmu tu ada nilai.
Kalau kat ASTER, kita ada Ultimate Coaching Aster kelas 100% PERCUMA, pukul 3-4pm Cikgu Shahrin buat kelas Add Maths atau Fizik, pukul 4-5pm cikgu Rafat pula ada ajar Matematik.


Cikgu Rafat dengan Cikgu Shahrin bersungguh-sungguh spend masa mereka 2 jam nak share ilmu, tak perlu isi borang pun. Tapi sayang lah, kalau kelas yang free ni pun tak join kan? Nak tahu maklumat lanjut pasal UCA ni boleh ke www.aster.edu.my/kcs, semua link kelas ada tau. Ok, berapa hari lagi nak SPM ni, cikgu doakan semua pelajar berjaya dalam exam yang akan datang.
Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami