Alhamdulillah, walaupun tahun ini Pusat Tuisyen Aster terpaksa menghadapi perkhidmatan kami dengan COVID-19, kita tak boleh beroperasi secara fizikal, salah satu perkara yang kami mahu lakukan sejak Mac 2020 adalah mengadakan program seminar.
Kerana semua tahu, selain kelas tuisyen biasa, seminar biasanya dapat membantu anak-anak Aster dalam strategi menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
19 dan 20 September 2020 yang lalu sebelum PKP yang kedua, Pusat Tuisyen Aster berjaya mengadakan Seminar Strive for A’s untuk subjek Matematik bersama prinsipal kami iaitu Cikgu Shahrin. Ini adalah program pertama kami secara fizikal untuk tahun 2020, dan kita berjaya membantu 42 pelajar dari dalam Aster sendiri dan luar Aster. Program selama dua hari ini berlangsung dari 8am- 10pm pada hari Sabtu dan 8am – 5.30pm pada hari Ahad, sangat padat dengan ilmu dan sangat bermanfaat buat semua.
Apa yang kita fokus pada dua hari tersebut adalah peperiksaan percubaan SPM yang diadakan sebanyak dua kali, sebelum seminar dan selepas seminar menjawab. Alhamdulillah, program ini berjalan lancar, dan mendapat 5 Bintang dari segi survey pelajar-pelajar. Doakan program seperti ini boleh dianjurkan lagi dan dapat kita bantu lebih ramai pelajar diluar sana.
Semoga pelajar Aster mandapat straight A’s dalam SPM akan datang. Amin.
Untuk mengetahui program-program Aster yang terkini boleh ke www.aster.edu.my