GOLD_WHITE
Start Now

SEMINAR PERCUMA ASTER.EDU MEMBERI MANFAAT KEPADA LEBIH 100,000 PELAJAR PADA TAHUN 2020 – 2021

Selaras dengan misi dan visi Aster.Edu untuk membantu 1 Juta pelajar mendapat akses kepada kelas tambahan, setakat Jun 2020 sehingga November 2021, Aster.Edu telah menganjurkan sebanyak 178 seminar secara percuma kepada pelajar di seluruh Malaysia. Seminar yang diadakan pada setiap Sabtu dan minggu cuti sekolah itu memfokuskan pada pelajar Aster.Edu yang telah berdaftar, pelajar dari rumah anak yatim dan lain-lain pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan.

Setakat November 2021, seramai lebih 100,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada seminar-seminar percuma yang dianjurkan Aster.Edu. Walaupun subjek Matematik Tambahan dan Matematik adalah subjek yang dititikberatkan dalam setiap seminar Aster.Edu, beberapa seminar yang melibatkan subjek utama untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut diadakan. Antaranya seminar ‘The Rampage’ yang membariskan guru-guru cemerlang dan ‘Straight A’s’ Aster.Edu telah diadakan pada 1 dan 2 Mei 2021.

Seminar ‘The Rampage’ mengetengahkan subjek penting untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 dengan silibus yang baru diperkenalkan kerajaan, iaitu silibus KSSM. ‘The Rampage’ memfokuskan pada subjek Matematik Tambahan, Fizik, Matematik, Bahasa Malaysia, Sains, Kimia, Biologi, Bahasa Inggeris, dan Sejarah. Seminar ‘The Rampage’ adalah seminar terbuka yang dianjurkan Aster.Edu dan penyertaannya adalah percuma. Melalui seminar ini, Aster.Edu berjaya membantu seramai 12,000 pelajar.

Namun demikian, usaha Aster.Edu tidak terhenti setakat itu, malah Aster.Edu mengadakan seminar percuma untuk pelajar seluruh Malaysia sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Meskipun seminar yang dianjurkan adalah percuma, Aster.Edu tetap menampilkan guru cemerlang untuk mengajar para pelajar. Antara guru yang kini menjadi kegemaran para pelajar adalah Cikgu Shahrin, Cikgu Syafieza, Sir Z dan ramai lagi.

Melalui maklum balas daripada para pelajar sendiri, majoriti bersetuju bahawa para guru di Aster.Edu masing-masing mempunyai cara pengajaran yang tersendiri menyebabkan pelajar berpendapat subjek yang sebelumnya susah, kini menjadi mudah untuk mereka. Hal ini demikian kerana, para pelajar berpendapat bahawa, sesi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru di Aster.Edu menarik dan menyebabkan pelajar berani untuk menyuarakan soalan sekiranya terdapat topik yang tidak mereka fahami.

Walaubagaimanapun, seminar percuma terbuka Aster.Edu tamat pada Oktober lalu. Namun demikian, Aster.Edu meneruskan usaha murni untuk membantu 1 Juta pelajar seluruh Malaysia melalui sesi ‘Master Class’ yang dirasmikan pada 20 November 2021 bagi subjek Matematik Tambahan. Selain itu, Aster.Edu turut bekerjasama dengan sekolah-sekolah kebangsaan untuk mengadakan ‘Mini Seminar’ bagi membantu para pelajar, terutamanya calon SPM 2021. Oleh itu, guru-guru sekolah kebangsaan juga dialu-alukan untuk menghubungi kami, untuk menjayakan penganjuran ‘Mini Seminar’ di sekolah anda.

Akhir kata, Aster.Edu bersama para pendidik di Aster.Edu sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar. Selain itu, Aster.Edu ingin membantu para pelajar yang perlu menghadapi sesi pengajaran dan pembelajaran melalui atas talian untuk terus yakin dengan kebolehan mereka untuk mencapai impian mereka. Alhamdulillah, setelah beberapa sesi seminar percuma, Aster.Edu mendapat banyak maklumbalas positif daripada para pelajar. Bukan itu sahaja, melalui seminar-seminar percuma Aster.Edu juga, pelajar dapat berkomunikasi dengan pelajar lain daripada seluruh pelosok Malaysia.

Malahan, melalui beberapa sesi ramah mesra dengan para pelajar, para pelajar memaklumkan bahawa mereka kini mempunyai satu ‘group’ khas untuk mereka bangun sebelum subuh untuk melakukan ulangkaji bersama. Perkara yang lebih membanggakan adalah, pelajar-pelajar tersebut hanya berkenalan melalui seminar-seminar yang diadakan Aster.Edu dan belum pernah bersua muka. Maka, ini meyakinkan Aster.Edu untuk terus memberi akses pendidikan tambahan yang berpatutan kepada pelajar seluruh Malaysia.

Sekiranya guru-guru, ibubapa atau para pelajar berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Aster.Edu, sila layari dan lawati laman web kami di https://www.aster.edu.my

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop