GOLD_WHITE
Start Now

Proses Nyahcemar Pusat Tuisyen Aster Bagi Menghindari Wabak COVID-19

Hari ini Aster Seksyen 19 telah disanitasi! Demi keselamatan semua pengunjung, team management dan tutor Aster. Jam 2.30PM proses air cleaning dijalankan bagi menghapuskan kuman yang berterbangan, kemudian disusuli dengan sesi nyahcemar.

Alhamdulillah sehingga kini warga Aster yang terdiri dari team pengurusan, tutor dan pelajar tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan mana-mana pesakit COVID-19 Namun begitu, kita seharusnya berwaspada dengan penyakit berjangkit ini!

Syukur sangat agent Coway Siddiq Jalil yang menyediakan perkhidmatan air minuman di pusat tuisyen ada offer perkhidmatan sanitasi ini, Cikgu cepat-cepat panggil team Coway ni datang sebab keselamatan pengunjung Aster adalah keutamaan kami. Pusat Tuisyen Aster Seksyen 19 nampak seperti di Genting Highland sewaktu proses ini, semua wap udara nyahcemar berkembang memenuhi ruang pusat tuisyen yang tinggi ini.

Terima kasih, cikgu nak ucapkan kepada team Coway Siddiq Jalil (Pemenang Pingat Emas Ragbi Sukan SEA 2017) membantu kami dalam proses sanitasi.

Untuk maklumat lanjut bagi program Aster boleh layari www.aster.edu.my

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop