GOLD_WHITE
Start Now

PENINGKATAN MARKAH SUBJEK FIZIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN HAKIMAH NAJWA DALAM TEMPOH YANG SINGKAT

KALAU DARI SEGI KEFAHAMAN, SAYA LEBIH FAHAM TERUTAMA BAB YANG ADA SUBTOPIK DAN SENANG NAK HAFAL FORMULA BILA SAYA BELAJAR DI ASTER.

Hakimah Najwa merupakan salah seorang pelajar Aster.Edu yang berpuas hati dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Aster.Edu. Hakimah Najwa mengambil keputusan untuk mendaftar kelas Online Coaching Beta (OCB) yang telah dianjurkan Aster.Edu melalui Seminar yang pernah Aster lakukan. Pada pendapat Hakimah Najwa, cara cikgu-cikgu di Aster sangat bagus dan senang untuk faham segala yang diajar.

Menurut Hakimah Najwa, setalah beliau sertai kelas Aster.edu , Hakimah lebih faham setelah belajar di Aster terutama bab yang mempunyai banyak sub topik yang perlu menghafal formula. Akan tetapi, selepas beliau masuk kelas dari Aster, beliau lebih senang untuk faham dan hafal yang diberikan oleh cikgu-cikgu Aster. Untuk subjek Matematik, Hakimah Najwa kurang faham dengan subjek tersebut, jadi beliau terpaksa yakinkan diri untuk belajar Matematik. Selepas beliau sertai kelas dari Aster, minat beliau terhadap Matematik semakin meningkat dan seronok ketika melakukan subjek tersebut.

Selain itu, cikgu Aster akan memberi soalan yang selalu keluar di sekolah yang tinggi seperti MRSM dan saya dapat soalan-soalan tersebut dengan baik. Untuk markah saya sebelum saya sertai Aster.Edu, markah Fizik saya selalu dapat gagal dan Matematik Tambahan saya hanya dapat 1% sahaja, tetapi selepas saya join Kelas OCB yang Aster.Edu telah anjurkan, peningkatan markah bagi kedua-dua subjek tersebut meningkat, untuk Fizik saya dapat C dan Matematik Tambahan saya dapat B. Setelah Hakimah Najwa sertai Seminar yang diajarkan oleh Cikgu Shahrin, beliau ada rasa teruja untuk menggunakan formula menarik yang telah diberikan oleh Cikgu Shahrin di sekolah.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop