Pengalaman kena denda di sekolah

Mula PdPR tahun lalu, bila dapat ke sekolah mesti semua pelajar tak sabar-sabar nak ke sekolah. Walaupun, ada sebahagian dari kita ni kalau pergi sekolah je mesti ada musuh, rasa takut, tak siap homework, takut dibuli. Tapi, still suka nak pergi sekolah, sebab macam mana pun tak suka dengan sekolah, kawan-kawan kita di sekolah, ada yang ada “crush”, ada yang nak bersukan, ada yang nak main kejar-kejar, tidak dinafikan ada perkara-perkara yang kita masih suka tentang sekolah.

Betul tak? Untuk astervengers yang masih bersekolah mungkin rasa sedikit rindu sebab PdPR, tapi kalau dah habis sekolah nanti, kita akan rasa lagi rindu dua tiga kali ganda. Okay, saya nak share beberapa denda yang terkenal, dan experience saya sendiri dalam pengalaman kena denda di sekolah ini. Kita juga akan bincangkan level kesakitan, level malu, dan kadar berpeluh.

1. Kena Berdiri

Berdiri ni, denda paling senang, sampai lenguh-lenguh kaki. Kalau dulu mungkin sebab kelas bising, datang lewat, tak siap homework. Macam-macam salah mungkin berlaku.

Berdiri di tempat masing-masing

Berdiri kat tempat masing-masing ni biasa dalam kelas, kalau kita tak siap homework, buat bising sebagai contoh, biasanya boleh kena berdiri ni. Kadang kala boleh berlaku seorang diri kena, atau beramai-ramai.

Kalau beramai-ramai tu, biasanya boleh sampai habis kelas. Itu pun masih bising lagi! Kisah saya ada satu masa dulu, dalam kelas saya ada dua orang yang nama sama, Alif dan Aliff. Cuma yang Aliff ni berbadan besar, jadi kami nicknamekan dia sebagai “Bob” tapi dia tak suka. Kemudian salah seorang Alif ada buat salah, cikgu panggil Alif berdiri di depan! Aliff tak nak mengaku, lalu dia mengaku diri dia, “aku bukan Alif, aku Bob”. Maka melekat nama Bob itu hingga kini. Jadi

  • level sakit : 2/10 (kalau lama penat wooo)
  • level malu : 3/10 kalau seorang diri
  • level peluh : 1/10 sebab dalam kelas
Berdiri di atas kerusi

Kes mungkin berlaku hampir sama, pelbagai kesalahan mungkin boleh menyebabkan denda ini, tapi level malu tinggi sikit sebab kalau budak kelas lain nampak habis boleh heboh satu Malaysia.

  • level sakit : 2/10
  • level malu : 5/10, 10/10 kalau crush kita nampak
  • level peluh : 1/10
Berdiri di atas meja

Yang ini pun sama, kesalahan adalah pelbagai, tapi level of malu lebih berkali ganda. Kalau dah sekolah menengah jarang-jarang kena berdiri atas meja, lagi-lagi bila dah tingkatan 4 & 5. Sebab semua dah tinggi lampai, boleh kena kipas oh.

  • level of sakit : 2/10
  • level of malu : 7/10, 100/10 kalau crush kita nampak
  • level of peluh : 1/10, 100/10 kalau kita risau crush kita nampak.
Berdiri di luar kelas

Yang ni serious bosan kalau keseorangan. Kalau ada kawan lain cerita boleh berborak lagi. Tapi kalau ada orang lain nampak. Ya ampun malunya. Satu lagi sebab panas, jadi kalau kena duduk luar ni dah la tak ada kipas.

  • level of sakit : 2/10
  • level of malu : 7/10
  • level of peluh : 10/10
Berdiri di tapak perhimpunan

yang ini paling legend. Kalau kena berdiri di tapak perhimpunan, bukan apa, sebab 100% crush kita akan nampak. Kira malu gila-gila lah. Padahal kesalahan hanya sebab lambat 1 minit. Kita hanya akan tak malu bila intai-intai crush tak datang hari ni, atau pun crush kita sekolah lain. Hahahaha Semua ini kesakitan dan peluh akan bertambah 2 kali ganda bila kena angkat tangan. Allahuakbar! 5 minit sahaja pun dah lenguh. 5 kali ganda bila kena angkat barang pula, ada yang angkat kerusi sambil berdiri. Alamak.

2. Tulis berulang-ulang kali.

Tulis berulang kali ni mungkin di atas papan hitam, atau dalam buku. Saya punya pengalaman yang saya sangat tak suka adalah tulis dalam tulisan jawi. Kalau tulis rumi ni ok lagi. Kadang tu, kena bawa balik rumah denda ni, esok cikgu nak tengok. Biasanya kalau esok cikgu nak tengok ni, tak datang terus sekolah keesokkan harinya. Kalau duduk asrama, tiba-tiba MC kena pergi unit kesihatan pula. 

Tulis di papan putih / papan hitam
  • level of sakit : 3/10 (lenguh dah la kena berdiri, tulis pula, tapi biasanya penuh papan tu dah siap)
  • level of malu : 2/10 (time ni kawan-kawan tak ada di kelas pun)
  • level of peluh : 3/10 (Penat je)
Tulis di buku
  • level of sakit : 6/10 (yang ni sakit sebab kalau nak kena buat 100 aduhai, 5-6 mukasurat nanti!)
  • level of malu : 1/10 (tak malu la buat kat rumah, cuma jangan kantoi dengan ibubapa)
  • level of peluh : 1/10 (duduk bawah kipas atau dalam aircond)

3. Kena kutip sampah di kawasan sekolah.

Biasanya bila datang lambat, lepas kena berdiri atau duduk berasingan kita kena kutip sampah, aduhai. Cuma kalau tak nak kena denda macam ni satu tips saya jadi pengawas. Bila dah habis perhimpunan kumpulan ini akan didenda untuk kutip sampah sekitar sekolah. Jadi saya akan lari keluar dari group pergi ke tempat yang betul-betul banyak sampah kutip semua dan nampak banyak lah berbanding orang lain. Biasanya sesi ini dalam 10-15 minit sahaja, jadi kalau kita malas-malas pun mesti lepas punya.

  • level of sakit : 1/10
  • level of malu : 1/10
  • level of peluh : 6/10

4. Cubit

Kena cubit ni biasanya kalau cikgu sekolah tu dah geram sangat-sangat. Tapi biasanya kena dengan cikgu perempuan yang sifat seperti ibu-ibu dengan kita. Habis telinga dicubit, adui. Tapi ingat lah, cubitan itu mesti datangnya dengan kebaikan. Kalau Ustaz denda pula mesti tarik sideburn. Saya tak biasa kena tarik sideburn sebab saya rambut pendek sepanjang masa, dan sideburn tak tumbuh-tumbuh. Tapi kalau dengan Ustaz, mesti kena cucuk kat bahu. Alamak!

5. Kena sebat dengan rotan atau pembaris.

Sekarang kisah rotan ini sensasi sikit, tapi masa zaman cikgu dulu memang ada rotan. Kalau sekadar datang lambat, dah loceng tak masuk kelas, biasanya rotan sikit sahaja. Tapi kalau yang sampai kes mencuri tu, serah sahaja pada polis. Jadi cikgu pernah masa tingkatan 1 kena rotan sebab datang lambat, tapi kalau kita dah tahu nak kena rotan kat bahagian punggung, letak beg duit dalam poket belakang. InsyaAllah 100% tak rasa Kalau kena di tangan, masa kena rotan tu turunkan tangan sewaktu rotan dihayun, lepas tu buat-buat sakit. 50% akan kurang rasa pedih. Tapi kalau kena betul tu, memang sakit betul lah!

Saya sendiri juga pernah 2 kali elak (lari) dari kena rotan dengan pembaris kayu tu. Masa kena rotan dengan cikgu dalam kelas sebab nakal sangat, saya mengelak lalu satu kelas dengan cikgu tu sekali admire kehebatan saya. Hahaha.

  • level of sakit : 7/10
  • level of malu : 3/10 (sebab denda sangat pantas dan cepat)
  • level of peluh : 1/10

6. Potong rambut

Jadi saya biasa tangkap orang je rambut panjang, sebab pengawas kan. Sendiri tak pernah ada experience lah, lagi-lagi ayah saya selalu utamakan rambut yang kemas sampai sekarang. Masa saya nak mewakili sekolah dulu, kami semua pernah dibotakkan beramai-ramai. Memang syok juga experience tu, jimat duit. Cikgu kira kena potong rambut ni tak malu sangat pun, sebab biasa proses potong rambut ni berlaku bila semua dah masuk kelas. Tapi pelik betul, semua masa disekolah suka nak rambut panjang la, rambut blonde la, tapi dah besar ni semua sibuk rambut pendek.

  • level of sakit : 0/10
  • level of malu : 7/10
  • level of peluh : 1/10 

7. Pumping

Ini biasa berlaku kalau dalam kelas Pendidikan Jasmani, dalam beruniform, atau yang aktif dalam sukan. Kalau salah sikit sahaja mesti kena pumping. Tapi kalau masa saya aktif dalam ragbi di sekolah tak la susah sangat pumping ini, tapi paling susah kena buat burpee sampai lunyai tau. Pumping ni sakit bila kita tak biasa buat, katakan kita tak biasa buat, kita buat 20 kali. Sangat lenguh. Tapi kalau yang dah biasa buat kena buat lebih.

  • level of sakit : 7/10
  • level of malu : 1/10
  • level of peluh : 10/10 

8. Ketuk ketampi

Denda ni, biasanya berlaku dalam kelas atas alasan pelbagai sebab. Saya selalu ingat sakit telinga, rupanya lenguh di peha. Masa sekolah rendah senang sahaja ketuk ketampi ni, tapi bila dah sekolah menengah seksa sungguh. Kalau dah tua-tua ni lagi lenguh!

  • level of sakit : 6/10
  • level of malu : 7/10
  • level of peluh : 4/10 

9. Jalan itik

Denda jalan itik ini tak pernah yang menangis, semua seronok sebab jalan itik kena buat beramai-ramai. Jalan itik ini kalau experience saya dulu kena jalan satu koridor lah, tak pernah lagi kena pusing satu sekolah. Jarang-jarang malu kena buat jalan ini, cuma malu sikit kalau crush kita nampak lah!

  • level of sakit : 4/10
  • level of malu : 3/10
  • level of peluh : 8/10

Namun begitu, kondisi sekarang sangat lain, dan KPM juga dah announce senarai denda dan hukuman yang dilarang. Semua boleh tengok di bawah, adakah denda-denda ini logik atau tidak?

A. Hukuman Terhadap Fizikal

  • Berdiri lama di tengah panas

  • Lari keliling padang

  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah

  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri

  • Berdiri di atas kerusi atau meja

  • Menarik rambut atau telinga

  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris

  • Junjung kerusi/buku

  • Cubit/enjut/ketuk ketampi/mendada/ketuk/sekel kepala

B. Hukuman Terhadap Mental & Emosi

  • Gunting rambut

  • Berdiri membuat latihan

  • Berleter

  • Gantung tulisan di badan

  • Memalukan di khalayak ramai

  • Kelas tahanan pada waktu rehat

  • Memaki hamun

  • Conteng muka dengan kapur

  • Koyak buku latihan

  • Mengugut atau mengertak murid

  • Tidak menghiraukan murid

  • Tidak menanda buku latihan

 

Apa pendapat semua?

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop