Banjir buruk melanda beberapa buah negeri sejak pertengahan Disember 2021. Ini senarai negeri terjejas dan info lain untuk rujukan anda.
Pengakhiran tahun 2021 kali ini sekali lagi menjadi mimpi ngeri buat majoriti rakyat Malaysia apabila bencana banjir yang begitu dasyat dan teruk melanda beberapa buah negeri sejak minggu lalu akibat hujan yang berterusan.
Banjir yang melanda lapan negeri pada musim monsun timur laut tahun ini menyaksikan negeri Selangor menjadi negeri paling teruk terjejas sehingga sesetengah kawasan atau daerah dilihat masih belum pulih malah masih ramai mangsa yang terperangkap dan perlu diberikan bantuan segera.
Negeri terjejas banjir
Selain Selangor, 7 buah negeri lagi yang terlibat dengan banjir setakat artikel ini ditulis adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur.
Berikut kami kongsikan perkembangan terkini banjir di negeri-negeri terlibat untuk makluman anda.
Selangor – Ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam boleh dikatakan hampir lumpuh apabila banyak kawasan terjejas akibat banjir sejak Khamis. 73 jalan utama di Selangor turut ditutup dengan banyak daerah lain masih mengalami banjir buruk sehingga hari ini seperti di Kuala Langat, Klang, Hulu Selangor, dan Subang. Lebih menyedihkan, laporan setakat 3 petang 21 Disember menyatakan bahawa seramai 17 individu termasuk seorang sukarelawan disahkan terkorban akibat banjir di Selangor setakat ini.
Pahang – Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat ketika ini. Sementara itu menurut laporan, negeri Pahang telah mencatat jumlah enam korban manakala empat lagi masih dilapor hilang dapat kejadian banjir lumpur di Telemong, Bentong.
Kelantan – Di Kelantan, jumlah mangsa terus meningkat setakat jam 6 petang 19 Disember 2021, apabila seramai 4,324 orang daripada 1,065 keluarga dipindahkan ke PPS. Ia membabitkan daerah Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
Negeri Sembilan – Lima daerah di negeri ini terkesan dengan bencana Monsun Timur Laut iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah dan Jelebu. Setakat laporan 19 Disember, sebanyak 9 PPS di negeri itu dibuka bagi menempatkan 358 mangsa banjir yang terjejas.
Terengganu – Di Terengganu, kebanyakan paras air sungai-sungai utama di negeri ini berada di paras normal kecuali di stesen bacaan Sungai Kemaman di rumah pam Paya Paman yang merekodkan ketinggian 4.45 meter (m) mengatasi paras bahaya 4m.
Kuala Lumpur – Cuaca di Kuala Lumpur dilihat bertambah baik apabila hujan lebat dilihat mulai berhenti dan menyebabkan air surut di kebanyakan kawasan terjejas. Bagaimanapun, seramai 371 mangsa masih ditempatkan di tiga PPS.
Melaka – Dua daerah yang terkesan akibat banjir iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah melibatkan 729 mangsa.
Perak – Jumlah mangsa di negeri ini meningkat kepada 242 orang membabitkan 65 keluarga. Mangsa-mangsa dipindahkan ke tiga PPS di dua daerah yang terjejas akibat banjir iaitu Hilir Perak dan Muallim.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
-
Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
-
Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
-
Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
-
Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
-
Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
-
Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
-
Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keadan baik.
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
-
Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
-
Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
-
Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
-
Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
-
Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting
SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
-
Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
-
Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
-
Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir
SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
-
Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
-
Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH
-
Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
-
Bersedia dengan peralatan kecemasan
-
Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.
SEMASA BANJIR –DI LUAR RUMAH
-
Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
-
Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
-
Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
-
Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
-
Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
-
Jangan minum air banjir.
Berikut beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu. Antara kerosakkan yang boleh dielakkan jika persediaan dijalankan dengan betul adalah:
-
Dokumen penting seperti surat beranak, sijil kahwin, geran kenderaan/hartanah, dll hendaklah diletakkan dalam satu tempat yang senang diakses dan kalis air.
-
Barang kemas hendaklah diletakkan di tempat tersorok dan senang diakses supaya boleh dibawa bersama jika perlu.
-
Sediakan Pakaian, makanan terus makan yang kering untuk 3 hari, wang bergantung kepada isi rumah(rm200), 1papan pil activated charcoal, powerbank.
-
Sentiasa peka dengan amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan terutama musim monsoon. Pindah jika diminta. Kalau sempat sebelum diminta boleh pindah rumah sanak saudara yang jauh dari bencana.
-
Bersihkan longkang, wall mountkan tv anda, cabut semua plug, tinggikan sedikit peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais