Pada awal tahun 2020, negara telah dikejutkan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Malaysia juga tidak terkecuali daripada terjejas oleh wabak tersebut. Negara berada dalam tempoh ‘lockdown’ dalam jangka masa yang panjang. Ini bukan sahaja melumpuhkan aktiviti sosial secara fizikal, ia turut menjejaskan sistem pendidikan negara. Para pelajar perlu belajar secara maya melalui ‘Google Meet’ dan ‘Zoom Meeting’. Aster.Edu melihat, ramai pelajar yang menghantarkan luahan mereka mengenai kesukaran untuk memahami beberapa subjek di media sosial kerana kelas hanya dijalankan secara maya. Setelah melakukan beberapa penelitian dan melalui sistem pengundian di media sosial, Aster.Edu mengenalpasti, subjek Matematik dan Matematik Tambahan adalah subjek yang paling sukar untuk pelajar fahami kerana ia bersifat praktikal.

Disebabkan itu, selaras dengan misi untuk membantu 1 Juta pelajar mendapat akses pendidikan di seluruh Malaysia, Aster.Edu berinisiatif untuk memberikan akses ‘e-book’ secara percuma kepada pelajar. ‘E-book’ percuma ini adalah untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan yang masing-masing boleh memberikan manfaat kepada pelajar yang berada di tahun 4 sekolah rendah hingga tingkatan 5 sekolah menengah. Berbeza dengan ‘e-book’ atau buku latihan yang boleh didapati dalam pasaran, ‘e-book’ daripada Aster.Edu menyediakan jawapan untuk soalan dalam ‘e-book’ tersebut dalam bentuk video. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar Aster.Edu yang juga merupakan pemilik buku Aster.Edu bersetuju bahawa, jawapan dalam bentuk video bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan sangat membantu mereka untuk memahami subjek tersebut. Selain itu, pelajar juga berpendapat bahawa, dengan adanya jawapan dalam bentuk video, suasana belajar mereka menjadi lebih menarik kerana merasa suasana belajar secara peribadi dengan tutor cemerlang Aster.Edu.

Selain itu, Aster.Edu turut menyediakan kemudahan ‘Free Trial Class’ kepada semua pelajar yang berminat. ‘Free Trial Class’ adalah kemudahan untuk pelajar yang belum menjadi pelajar Aster.Edu untuk merasai sendiri suasana belajar bersama Aster.Edu. Melalui ‘Free Trial Class’, pelajar boleh memilih apa-apa subjek yang mereka berminat dan mereka akan diberi peluang untuk mendapat akses kepada kelas Aster.Edu sebanyak sekali untuk setiap subjek yang dipilih.

Seterusnya, jika pelajar berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran bersama Aster.Edu, ibubapa boleh mendaftarkan pelajar ke dalam program ‘Kick-start’ Aster.Edu. Program ‘Kick-start’ adalah tuisyen berbayar yang diperkenalkan oleh Aster.Edu untuk membantu pelajar menguasai suatu subjek lebih ‘advanced’ daripada pelajar-pelajar lain. Yuran bagi program ‘Kick-start’ bermula daripada RM250 sebulan atau ibubapa boleh daftarkan pelajar melalui Pelan Pembayaran Tahunan Aster.Edu, iaitu RM1700 untuk setahun dan bersamaan dengan RM142 sebulan. Program ‘Kick-start’ yang akan bermula pada Disember 2021 sehingga Disember 2022 dipercayai akan membantu lebih sejuta pelajar di seluruh Malaysia.

Akhir kata, sekiranya ibubapa berminat untuk mendaftarkan anak-anak bagi apa-apa program yang disediakan oleh Aster.Edu, sila layari https://www.aster.edu.my atau hubungi kami. Aster.Edu berharap agar ibubapa mahupun pelajar di seluruh Malaysia dapat membantu dan berkongsi mengenai usaha murni Aster.Edu agar misi Aster.Edu dapat tercapai dalam masa terdekat, sekaligus melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam semua subjek.