GOLD_WHITE
Start Now

LAGU SERAM YANG MEMBUATKAN ANDA RASA SERAM SEJUK HINGGA MEREMANG BULU ROMA

CIKGU DI ASTER KONGSIKAN BEBERAPA LAGU SERAM YANG MEMBUATKAN ANDA MEREMANG BULU ROMA

Bila bercakap tentang lagu-lagu seram, apakah yang terlintas difikiran anda? Biasanya, lagu-lagu yang seram akan membuatkan kita akan rasa meremang bulu roma bila kita terlalu menghayatinya dan akan terngiang-ngiang di kepala. Ada beberapa lagu yang bukan jenis seramnya disebabkan oleh lirik atau melodi, sebaliknya menjadi seram disebabkan oleh kisah-kisah di sebalik lagu tersebut sehinggalah boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang pelik yang akan terjadi.

Disini Ckgu di Aster.Edu kongsikan senarai lagu seram yang akan membuatkan anda merasa seram sejuk bila mendengarnya. Jom kita tengok!

1. Seri Bunian (Tan Sri P.Ramlee)

Lagu ini adalah lagu latar bagi filem ‘Sumpahan Orang Minyak. Lirik lagu ini dikatakan seperti menyeru puteri bunian untuk datang. Ada satu perkara yang terjadi gara-gara lagu ‘Puteri Bunian’ dimana seorang lelaki yang menyanyikan lagu ini tiba-tiba ternampak seperti seorang wanita yang cantik sedang melambai-lambai kepadanya. Lelaki tersebut terus lari masuk ke dalam rumah dan keesokan harinya dia pun demam. Kalau berani, anda nyanyilah lagu ini pada waktu malam.

2. Lingsir Wengi (Nurhana)

Lagu ini adalah lagu latar untuk filem seram Indonesia ‘Kuntilanak’. Lirik lagu ini dikatakan seperti memuja syaitan dan jin. Namun, ada juga yang mengatakan ianya merupakan doa dan banyak digunakan oleh ibu-ibu untuk menidurkan bayi mereka agar tidak diganggu oleh makhluk halus.

3. Nina Bobo

Irama lagu ini dihasilkan pada zaman penjajahan Belanda dekat Indonesia. Kisah disebalik lagu ini adalah di mana lagu ini dinyanyikan oleh seorang ibu, Mustika kepada anaknya yang bernama Helenina Mustika. Ini kerana anaknya sering menangis pada waktu malam. Akhirnya pada usia 6 tahun, Helenina meninggal dunia akibat penyakit misteri. Yang menjadi lagi misteri, ibu tersebut masih terus menyanyikan lagu ini di bilik air kerana dia merasakan anaknya masih hidup dan memintanya untuk menyanyikan lagu itu hingga akhirnya ibu tersebut juga meninggal dunia.

4. Menanti Kekasih (Alda Risma)

Penyanyi kepada lagu ini, Alda Risma pernah menjadi popular pada suatu masa dahulu dengan lagu ‘Aku Tak Biasa’. Lagu ini dihasilkan 3 hari sebelum polis menemui mayat Alda di sebuah hotel pada tahun 2006. Setelah bedah siasat dijalankan, pihak polis mendapati bahawa Alda telah meninggal dunia 7 hari. Apa yang menjadi tanda tanya dan misteri adalah bilakah lagu ini dihasilkan? Sehingga kini, lagu ini masih menjadi misteri. Manakan tidak, lagu ini disiapkan oleh orang yang telah meninggal?

5. Ulek Mayang (Wan Salmah)

Lagu ‘Ulek Mayang’ berkisah tentang seorang nelayan yang dirasuk oleh puteri laut di mana puteri laut itu telah jatuh hati kepada nelayan tersebut. Lagu ini dikatakan lagu pemujaan berikutan lirik lagu ini sendiri terutama di bahagian korus. Ada kisah disebalik lagu ini yang terjadi kepada sekumpulan pelajar yang mengambil keputusan untuk membuat persembahan lagu ‘Ulek Mayang’. Rakaman sebenar dinyanyikan oleh seorang sahaja pelajar dan dia juga telah diserang histeria sewaktu menyanyikan lagu ini. Apabila selesai proses rakaman, mereka terdengar seperti ramai yang menyanyikan lagu tersebut. Seram bukan?

6. My Way (Frank Sinatra)

Lagu ini merupakan salah satu lagu yang wajib dinyanyikan di pusat karaoke. Namun, di Filipina lagu ini umpama badi kerana setiap oarang yang menyanyikan lagu ini akan dibunuh atas alasan salah lirik, salah tempo atau sebagainya. Lagu ini dilarang untuk dimainkan atau dinyanyikan di seluruh pusat karaoke di Filipina.

7. Nang Nak

https://www.youtube.com/watch?v=j35DqFTQOHU

Lagu ini sebenarnya tiada lirik, hanya ‘humming’ seorang wanita yang seakan-akan sedang menangis. Lagu ini juga berkisah tentang seorang ibu yang mati sewaktu melahiran anaknya. Suaminya yang ketika itu sedang mengikuti peperangan, tidak tahu akan kisah yang terjadi kepada isterinya dan apabila dia pulang ke rumah, dia melihat isteri dan anaknya masih hidup. Namun, akhirnya dia mendapat tahu bahawa Nang Nak sebenarnya adalah hantu.

8. Sephia (Sheila On7)

Lagu ini merupakan lagu kegemaran ramai namun apa yang menyeramkan ialah kisah yang terjadi disebalik pembikinan lagu ‘Sephia’. Penulis lagu ini, Eross Candra iaitu gitaris untuk kumpulan Sheila On7, telah mendapat ilham apabila pada satu malam, dia mendapat panggilan telefon dari seorang wanita yang memperkenalkan dirinya Sephia. Sephia memberitahu bahawa dia berada di depan rumah dan apabila Eross mengintai di sebalik pintu, dia ternampak hanya gagang telefon yang terapung namun tiada orang. Dilaporkan Sephia sebenarnya sudah 2 bulan meninggal dunia kerana kemalangan sewaktu pulang dari konsert Sheila On7. Maka terciptalah lagu ‘Sephia’.

9. Cindai (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)

https://www.youtube.com/watch?v=dWFzE0NiGrI

Ramai yang mengatakan bahawa lirik lagu ‘Cindai’ mempunyai banyak unsur-unsur seram. Dalam bahasa Minangkabau, maksud lagu ini ialah Pontianak. Namun, menurut penulis lagu ini, Hairul Anuar Harun, maksud ‘Cindai’ ialah kain sutera yang berbunga seperti ular sawa. Dikatakan juga, jika anda mendengar lagu ini pada waktu malam, anda pasti akan merasa seram sejuk.

10. Seksa (Ukays)

Misteri disebalik lagu ini ialah tentang seorang asrama yang telah menyanyikan lagu ini di dalam tandas. Tiba-tiba dia terdengar seperti ada suara garau yang turut menyanyi bersamanya. Namun, lirik “Walaupun lena ku panjang” telah ditukar kepada “Walaupun leherku panjang” kemudian, apabila pelajar tersebut menoleh ke atas, dia ternampak seorang lembaga dengan leher yang panjang sedang mengintainya.

Jadi, kalau anda nak tahu kesahihan lagu-lagu yang Cikgu senaraikan ini seram atau tidak, cubalah untuk dengar dan hayatinya pada waktu malam seorang diri. Selamat mencuba!

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop