Assalamualaikum semua, apa khabar? 5 hari lagi nak seminar Anchor 29 Mei 2021 semua dah ready ke? Hari ni cikgu nak share balik kisah yang Cikgu dan Cikgu Rafat pernah kongsikan masa live Aster TeaTime Episod 1 dulu. Dah ready ke belum nak baca ni?
Amaran ya, kalau seram baca esok tengahari!
1. Budak atas loker.
Kisah budak atas loker ni dah banyak kali cikgu dengar cikgu Rafat cerita. Hampir 10 kali. Nampaknya memang sangat seram sampai jadi nombor 1 dalam carta kita hari ni. Kisahnya Cikgu Rafat masa di MRSM balik ke hostel sendiri, rupa-rupanya ditemani budak atas loker. Kalau tak demam ni, nak cakap macam mana ntah. Hahaha Cikgu pasti, lepas ni pelajar asrama akan mula tengok lokar anda semua lain macam.
2. Histeria
Kes ini terkenal, semua orang mungkin pernah experience sediri atau nampak orang terkena. Biasanya histeria ni berlaku bila makhluk ini menganggu rakan-rakan kita. Walaupun iman cukup kuat, belum tentu lagi selamat. Bila kita dikawasan “orang lain” jangan kita selalu “suka” sangat atau “sedih” sangat. Sentiasa fokus kepada apa yang ada sekarang, apa yang kita tengah buat. Selalu berlaku masa tengah senyap-senyap, tiba-tiba ada orang menjerit kan? Kalau experience cikgu dulu biasanya masa kem. Mesti ada sekali dua kena. Lepas itu, kalau yang seorang ni dah baik, orang lain pula kena! ALAMAK. Apa pun, kalau ada yang berlaku macam ni, kita selawat, bertasbih. Ingat kembali siapa yang Esa.
3. Terserempak dengan orang yang sama
Yang ni sangat terkenal, super terkenal. Kat atas jumpa cikgu atau kawan. Kejap lagi lepas dah turun tangga jumpa lagi. Alamak. Siapa ada pengalaman macam ni?
4. Pocong
Pocong ni biasanya kalau sekolah tu ada pokok pisang. Sekali dua kali nampak kita tahu itu daun pisang. Kali ketiga, jangan terkejut sangat kalau muka tu pandang dengan muka yang hitam! Pasal daun pokok pisang ni bila kena cahaya ia reflek balik cahaya, jadi kita akan nampak warna putih atas pokok. Lepas tu sifat refleksi daun tu sendiri buatkan macam ikut kita. Tapi biasanya tak ada muka lah. Tapi kalau ada muka tu… Cabuttt!
5. Lembaga terbang.
Ini kalau ke mana-mana di dunia ni pun mungkin jumpa lah.. Kalau tengok cerita mat salleh pun ada juga lembaga-lembaga terbang. Tapi cikgu pelik kalau lembaga di negara nusantara ni cikgu pun tak tahu kenapa biasanya warna putih? Kenapa vampire di Eropah pakai coat? Cerita-cerita conjuring semua pakai baju elok? Astervengers ada yang pernah nampak? Langsuir, Penanggal, Pontianak?
Apa pun, jangan kita makhluk ini semua juga adalah hamba Allah SWT. Kita kena beriman bahawa makhluk ghaib ini wujud dan mereka juga makhluk Allah SWT. Kuatkan jiwa kita, kuatkan iman kita andai kata ternampak atau terserempak dengan makhluk-makhluk ini. – Cikgu Najmie