Alhamdulillah esok seminar Anchor kita akan berlangsung, seminar kali ini kita akan menggunakan ZOOM Webinar yang boleh menempatakan keseluruhan 6000 pendaftaran. Syukur diberi kesihatan, diberi peluang lagi untuk menabur bakti kepada semua anak-anak didik Aster dan pelajar diluar sana untuk menambah kefahaman kita dalam Add Math dan Matematik. Masa tengah rehearsal tadi, teringat pula kali pertama, lebih kurang setahun lepas Aster mengadakan seminar pertama kami.
Seminar percuma yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Aster, dan mereka ajak-ajak kawan. Paling best adalah seminar pada waktu itu, penyertaan hanya 40 orang sahaja, berbanding seminar kita yang paling ramai pada bulan Februari lalu adalah 12,000 penyertaan Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 5 Pro Max!, dan esok hampir 6000 penyertaan. Walaupun seminar 40 orang sahaja, banyak yang saya belajar. Cuba bayangkan saya tak dapat tidur semalaman sebab terlalu resah nak seminar esok, tapi buat juga. Sebab saya yakin tak ada yang pertama, tiada yang kedua. Tambah pula kami tak berapa mahir menggunakan Zoom atau Google Meet.
Seminar kedua kami berjalan sebulan selepas itu, sewaktu bulan Ramadhan, kali ini ada sedikit peningkatan selepas ramai kawan ajak kawan waktu itu. Total seramai 120 orang peserta. Alhamdulillah, syukur sampai hari ini, kalau tak ada yang 40 orang dahulu, pasti tak ada 6000 yang sekarang. Sama-sama kita doakan seminar ini berjaya, dan kami dapat bantu lebih ramai orang, serta COVID-19 ini hilang dari muka bumi ini.
Cikgu Shahrin waktu ini LIVE dari rumah sahaja, sebab tak boleh rentas daerah. Saya dan cikgu Rafat setup dari center seksyen 7.
ini la saya, bersiap untuk pembukaan seminar, macam biasa, dan pastikan sesi kita berjalan dengan lancar 100%
Nampak tak habis semua pelajar conteng canvas cikgu Rafat.
Kami screenshot sesi ini untuk mengingati nombor keramat 121 adalah bilangan pelajar yang paling ramai sertai pada seminar itu.
Sedang Cikgu Shah mengajar, cikgu Najmie support dari depan. Eh, ke belakang?
Cikgu Ra’fat memberi pengenalan Aster kepada semua pelajar. Nampak tak bertapa susahnya dahulu, tripod atas meja, dan tab atas kotak. Alhamdulillah selepas setahun, Cikgu Shahrin berjaya membimbing secara kumulatif lebih daripada 50,000 pelajar.
Dan ini lah saya, teringat sejak hari tu ramai panggil saya cikgu Aaron. Sebab salah potong rambut, maklum lah kedai gunting belum boleh buka, jadi kena potong sendiri, habis tobek! Apa pun, selalu-selalu kita ingat cerita lama kita ingat sebab apa saya buat benda ni semua, sebab semuanya kita buat untuk anak-anak murid kita, anak bangsa kita, dan Aster akan terus berjuang untuk pelajar semua. – Najmie