GOLD_WHITE
Start Now

Kenali Siapa Cikgu Shahrin

Semua pelajar di Pusat Tuisyen Aster lebih-lebih lagi yang Tingkatan 5 mengenali cikgu Shahrin sebagai “The Physic Necromancer”. Cikgu Shahrin terkenal dengan kemampuannya melahirkan pelajar-pelajar dari markah gagal kepada A dalam SPM! Bukan dalam subjek Fizik sahaja, tetapi dalam subjek Add Math, Matematik dan Sains juga. Kita semua tahu cerita hebat-hebat tentang cikgu Shahrin, tetapi tidak ramai yang tahu kenapa cikgu Shahrin berusaha keras untuk berjaya di pangku sekolah, universiti dan kerjaya.

Pada usia yang kecil cikgu Shahrin mengalami krisis keluarga yang memaksa beliau berpisah dengan bapanya. Sehinggakan semua tahu kisah beliau yang kini mempunyai “dua ibu dan dua bapa”. Tragedi ini sentiasa mendorong cikgu Shahrin dalam kehidupan hariannya untuk terus berjaya dalam hidup, membantu ibubapanya, dan membantu orang ramai yang memerlukan.

Kejayaan cikgu Shahrin dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) menempatkan cikgu Shahrin ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) di Seremban Negeri Sembilan. Dalam sekolah yang semua pelajarnya pandai, cikgu Shahrin mula mendapat markah yang corot dalam subjek Add Math dan Fizik. Namun, tekadnya untuk belajar dan berjaya sentiasa mendahului “susahnya belajar”.

Latihan demi latihan, kefahaman demi kefahaman, past year demi past year, cikgu Shahrin berjaya merangkul Anugerah Wira SASER, antara anugerah paling prestij diantara sekolah-sekolah di Malaysia, dan akhirnya cikgu Shahrin berjaya mendapat 9A dalam SPM.

Cikgu Shahrin melanjutkan pelajaran dalam program Asasi di UiTM Puncak Alam sejurus selepas SPM, kemudiannya menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam dengan tajaan biasiswa JPA. Walaupun cikgu Shahrin sangat menitikberatkan keputusan akademiknya, Cikgu Shahrin juga bergiat aktif dalam kokurikulum, dimana cikgu Shahrin juga merupakan Presiden dalam Brass Band UiTM Shah Alam.

Sebagai presiden, beliau telah berjaya mengadakan program Brass Band terbesar di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM (DATC) yang menempatkan hampir 3000 ahli musik dari serata Malaysia, lalu berjaya mengukir nama di Malaysian Book of Record. Tidak lupa, cikgu Shahrin berjaya merangkul “selempang merah” Anugerah Naib Canselor (ANC) yang mendapat sekurang-kurangnya 3.5CGPA sewaktu tamat program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal-nya.

Tamat sahaja pengajian, cikgu Shahrin berjaya menempatkan diri dan impiannya sebagai jurutera di PETRONAS. Namun begitu, kecenderung beliau ternyata lebih tertumpu ke arah bidang pendidikan dan perniagaan kerana sifatnya yang suka melihat kejayaan orang lain dalam kehidupan. Lalu, cikgu Shahrin menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang perniagaan.

Tahun tersebut, sambil menghabiskan master beliau, cikgu Shahrin banyak menghabiskan masa mengajar di Ankaboot Academy bersama cikgu Ra’fat sebelum tahun 2017, cikgu Shahrin kemudiannya menjadi pengurus di Ankaboot Academy cawangan Seksyen 13 Shah Alam, yang kemudiannya bersama-sama cikgu Ra’fat sebagai co-founder Pusat Tuisyen Aster. Kini,Cikgu Shahrin yang juga Vice President Pusat Tuisyen Aster (M) Sdn Bhd sangat bergiat aktif dalam mengadakan seminar-seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh Badan NGO dan persendirian.

Cikgu Shahrin telah membantu lebih 5000 pelajar dalam subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik dalam membantu mereka untuk menaikkan gred mereka dari G kepada A.

​ Ke semua anak didik cikgu Shahrin dan Pusat Tuisyen Aster bersetuju kehebatan cikgu Shahrin dalam membantu supaya mereka faham dalam menjawab soalan, kesabaran cikgu dan terma-terma yang membuatkan pelajar sangat faham. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #ResultASTER boleh terus ke www.aster.edu.my/results Bermula Oktober 2020 akibat dari PKPB yang kedua berlaku di seluruh negara khursusnya di Selangor dan Sabah, cikgu Shahrin telah menubuhkan satu program baru yang dikenali sebagai Kelas Cikgu Shahrin (KCS).

Dalam program ini, cikgu Shahrin telah menghasilkan lebih 30 past years dalam bentuk video tutorial. Program ini telah mendapat tempat dalam kalangan pelajar-pelajar kerana pekejnya yang murah bermula dengan RM69 sahaja hanya sekali bayaran sahaja, dan sarat dengan ilmu pengetahuan.

Maklumat lanjut mengenai Kelas Cikgu Shahrin boleh terus ke pautan www.aster.edu.my/kcs

Terakhir sekali jangan lupa untuk tengok seminar-seminar cikgu Shahrin yang akan datang di www.aster.edu.my/seminar Follow Instagram cikgu Shahrin di www.instagram.com/shahrinzikri

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop