GOLD_WHITE
Start Now

Kejayaan Aster 2020: Melahirkan Pelajar Berjaya Menuju di Masa Hadapan

Alhamdulillah tahun 2020 yang penuh debaran dan cabaran ini hampir menutup tirainya, Pusat Tuisyen Aster pada tahun ini secara rasminya telah berkembang dari dua cawangan kepada empat cawangan.

Pertama, ASTER ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar berjaya SPM 2019 dan sekarang masing-masing telah mula memasuki menara gading di serata Malaysia. 100% Pelajar Aster telah berjaya memasuki Universiti dan Kolej untuk menyambung pengajian mereka selepas tamat SPM dalam pelbagai bidang.

Tahun ini secara amnya sangat mencabar dengan COVID-19, kelas tidak boleh berjalan secara fizikal, dan pembatalan UPSR & PT3. Namun begitu, Pusat Tuisyen Aster berjaya berevolusi secara jayanya dari kelas fizikal kepada online justeru melahirkan program-program baharu dan cawangan ke 5 Aster iaitu Cawangan Online Aster.

Kenapa Aster beralih kepada online tidak lain tidak bukan kerana terlalu ramai ibubapa mula risau, dan hubungi kami untuk meneruskan program-program untuk membantu anak-anak mereka lebih-lebih lagi calon-calon SPM 2020. Ada ibubapa yang risau, adakah anak-anak mereka akan ketinggalan dalam pelajaran? Apa persediaan anak-anak untuk menghadapi Tingkatan 4 tanpa PT3 mahupun peperiksaan akhir tahun?

Maka lahirlah program Aster KELAS SECARA LIVE Online Coaching Beta yang fokus untuk membantu pelajar-pelajar semua secara online. ASTER menerima pelajar dari pelusuk negara dan ada juga pelajar-pelajar yang terkandas di luar negara untuk meneruskan pengajian.

PUSAT TUISYEN ASTER AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN MELAHIRKAN PELAJAR BERJAYA

Setiap pelajar mempunyai peluang untuk berjaya dalam SPM. Tidakkah kita juga nak semua anak-anak kita dalam peperiksaan? Hasil bimbingan, program dan latihan ASTER telah berjaya membantu ramai pelajar berjaya pada tahun 2015 – 2019. Saat yang paling getir sekarang adalah kurang 2 bulan lagi pelajar-pelajar kita akan menduduki SPM.

Pusat Tuisyen Aster masih berjuang setiap hari untuk membantu pelajar-pelajar kita, dan sama-sama kita doakan kejayaan mereka semua.

Dalam pada itu, untuk mempersiapkan pelajar-pelajar kita menghadapi sesi akademik 2021, kelas Online Coaching Beta akan bermula pada 1 Januari 2020 dengan pakej yang menarik dan barisan tutor yang sangat berpengalaman mengajar secara efektif secara online.

Untuk program bermula Januari ini, semua ibubapa akan mendapat potongan sehingga 50% dari harga asal untuk sepanjang tahun bagi program online ini, dan yuran tahunan dengan diskaun 50% juga sebelum 31 Disember 2020.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop