CIKGU DI ASTER MEMANG THE BEST, MEMANG TERBAIK DAN MEMANG KENANGAN YANG SUSAH UNTUK DILUPAKAN
Muhammad Irfan merupakan salah seorang pelajar Aster.Edu yang berpuas hati dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Aster.Edu. Muhammad Irfan mengambil keputusan untuk mendaftar Kem Intensif yang telah dianjurkan Aster.Edu. Pada pendapat Muhammad Irfan, cara pendekatan yang dilakukan oleh cikgu-cikgu di Aster memang the best, memang terbaik dan memang kenangan yang susah dilupakan bagi Muhammad Irfan.
Muhammad Irfan telah berkongsi pengalaman beliau sewaktu melibatkan diri dalam Kem Intensif yang telah dianjurkan oleh Aster.edu. Sebelum Seminar tamat, Cikgu Shahrin telah kongsikan satu jadual berkaitan topik Matematik Tambahan tingkatan 4 dan tingkatan 5 untuk Kem Intensif. Menurut Cikgu Shahrin, Kem Intensif tersebut akan berlangsung selama satu minggu dalam masa 56 jam. Pada pandangan pertama Muhammad Irfan, beliau merasakan bahawa Kem tersebut tidak berbaloi dan tak biasa disebabkan kelas tersebut “Non-stop”. Akan tetapi, Kem Intensif tersebut telah mengubah pandangan pertama beliau kerana Kem tersebut dapat mengubahkan markah beliau dari gagal kepada lulus selepas join Kem Intensif, dan markah tertinggi Muhammad Irfan yang telah dapat dapat selepas sertai kem ialah 79% bagi subjek Matematik Tambahan. Ianya merupakan peningkatan markah yang sangat tinngi bagi Muhammad Irfan.
Muhammad Irfan juga ada kongsikan keunikkan menarik yang terdapat dalam cara Cikgu Shahrin mengajar, cara Cikgu Shahrin menonjolkan diri beliau dan teknik menjawab yang diberikan, contohnya “Magic Number” telah membuatkan beliau lebih faham. Selain itu, setiap kali Muhammad Irfan berada di dalam kelas Cikgu Shahrin, Cikgu Shahrin membuatkan beliau tertawa sewaktu Cikgu Shahrin bercerita. Bagi beliau, Cikgu Shahrin ni merupakan idola bagi saya dan pelajar-pelajar yang lain. Di samping itu, Cikgu Shahrin juga akan membuat “Podcast” supaya dapat membimbing dan menasihatkan pelajar-pelajar utnuk meningkatkan sifat kesedaran pada diri pelajar-pelajar.
Mengenai buku yang dikeluarkan oleh Aster.edu, Muhammad Irfan merupakan pemilik buku Anchor Volume 2, Volume 3, Volume 4 dan Volume 5. Menurut beliau, buku tersebut sangat istimewa bagi beliau kerana dalam satu buku tersebut mempunyai 300 soalan dan setiap buku tersebut akan fokuskan dalam satu topik. Selain itu, setiap kali Muhammad Irfan melihat buku Anchor, Muhammad Irfan merasakan diri beliau lebih semangat nak buat latihan Matematik Tambahan. Yang lebih menarik lagi, semua jawapan yang terdapat dalam buku-buku Aster dalam bentuk video, ianya membuatkan beliau lebih faham sekiranya terdapat soalan yang susah untuk dijawab.