GOLD_WHITE
Start Now

IRDINA SYAFIAH BERJAYA MENCAPAI 100% UNTUK SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN SELEPAS SERTAI KELAS DARI ASTER

SELEPAS IRDINA SYAFIAH SERTAI KELAS OCB (ONLINE COACHING BETA} YANG DIANJURKAN OLEH ASTER.EDU, BELIAU TELAH BERJAYA MENCAPAI MARKAH 100% UNTUK SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN

Irdina Syafiah merupakan salah seorang pelajar Aster.Edu yang berpuas hati dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Aster.Edu. Irdina Syafiahmengambil keputusan untuk mendaftar kelas Online Coaching Beta (OCB) yang telah dianjurkan Aster.Edu melalui Seminar yang pernah beliau sertai. Pada pendapat Irdina Syafiah, beliau lebih suka kelas “Online” yang Aster.Edu lakukan berbanding kelas di sekolah.

Irdina Syafiah mula mengenali Aster.Edu melalui iklan seminar percuma yang dikeluarkan oleh Aster.Edu. Seminar tersebut membuatkan Irdina Syafiah tertarik dengan cara Cikgu Shahrin mengajar kepada pelajarnya. Bagi Irdina Syafiah, pengalaman belajar di Aster.Edu merupakan pengalaman yang sangat seronok kerana dapat mengenali ramai rakan yang baru dan cikgu di Aster.Edu juga sangat prihatin terhadap pelajarnya, jika ada topik yang susah cikgu akan berhenti sebentar dan buat kelakar untuk membuatkan pelajar tidak tertekan. Aster.Edu juga banyak menganjurkan kelas dan seminar percuma untuk membantu pelajar-pelajar.

Irdina Syafiah juga lebih suka kelas yang Aster.Edu lakukan berbanding kelas di sekolah. Waktu seminar, cikgu akan perhantikan ruangan komen jika ada pelajar yang tidak faham dan sekiranya cikgu terlepas pandang, kawan-kawan akan membantu kita. Pada pandangan Irdina Syafiah terhadap Cikgu Shahrin pula, Cikgu Shahrin merupakan cikgu yang kelakar dan jenis yang bersahaja, Cikgu Shahrin juga suka bercerita. Cara Cikgu Shahrin mengajar ada cara tersendiri, yang membuatkan pelajar Cikgu Shahrin lebih seronok dan senang untuk faham. Pada pandangan Irdina Syafiah, belajar di Aster.Edu sangat berbaloi kerana, untuk Tingkatan 5 dapat ulang balik topik yang dipelajari sewaktu tingkatan 4 dan apa yang terlepas dapat belajar semula. Selepas Irdina Syafiah belajar di Aster.Edu, markah subjek Kimia beliau hanya dapat 64%, dan untuk Subjek Matematik Tambahan markah Irdina Syafiah meningkat hingga mencapai 100%.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop