GOLD_WHITE
Start Now

Dilema Diploma VS Asasi VS Matrikulasi VS Form 6

Bila masuk umur 18 tahun, pelajar sekolah pun dah habis SPM, dan dilema nak sambung pengajian pun bermula. Semua orang ada dilema, termasuk cikgu sendiri sewaktu lepasan SPM dulu.

Waktu itu ada banyak universiti menawarkan pelbagai faedah dan program untuk kita, cikgu pun selalu ke expo-expo pendidikan, untuk tengok apa yang sesuai untuk cikgu. Mesti ada pelajar yang dalam hati minat engineering, ibu suruh jadi doktor, ayah suruh jadi askar. Macam cikgu pula, di beri tiga tawaran Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Pulau Pinang, Asasi Kejuruteraan Aeronautik di UniKL, dan program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

Berat sungguh pilihan ini, yang paling cikgu minat adalah Asasi Kejuruteraan Aeronautik di UniKL sebenarnya, sebab cikgu agak berminat dengan Aeronautik sikit-sikit cikgu rasa nak jadi pilot dulu. Tapi, pilihan matrikulasi pun baik juga, sebab nak sambung belajar nanti terus masuk degree lepas tu Matrik Selangor baru sahaja dibuka tahun tu, jadi cikgu akan jadi 1st batch lah. Namun begitu, akhir sekali cikgu pilih Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Pulau Pinang, atas sebab ada ramai kawan di sana termasuk girlfriend cikgu :P, cikgu baru lepas pembedahan kemalangan waktu itu dan daripada 2 pilihan tadi, cikgu rasa diploma ini yang paling kurang risiko (jangan harap!)

Jadi jom kita rungkai Pros and Cons Diploma, Asasi, Matrikulasi dan Tingkatan 6

 
Graduan-graduan ijazah

Diploma

1. Masa belajar lebih panjang sehingga 3 tahun pengajian, namun begitu bila masuk degree, kita boleh transfer credit jadi jumlah pengajian akan pendek. Kalau ambil bidang kejuruteraan total 3 tahun Diploma + 3 tahun Degree, total 6 tahun.

2. Program Diploma ini melayakkan diri untuk terus bekerja menggunakan sijil kita untuk bekerja, contohnya nak jadi juruteknik, pembantu jurutera, kalau kerja kerajaan boleh dapat pangkat Gred 29, dan sebagainya. Ini sangat baik sebab andai kata kita terkandas sewaktu degree, kita masih ada peluang pekerjaan.

3. Program yang lebih khursus dan praktikal berbanding Asasi, Matrikulasi, dan Tingkatan 6. Contoh khursus Mekanikal yang cikgu ambil, membolehkan cikgu belajar welding, penggunaan peralatan khursus sesuai untuk digunakan sewaktu bekerja selepas Diploma.

4. Pembelajaran yang lebih santai, sebab total programnya panjang. Boleh mengakibatkan kita leka juga dalam pelajaran. Mana tidak, ada yang sibuk menjana pendapatan bekerja sambil belajar pada waktu ini. Dalam 3 tahun ni, ambil peluang untuk belajar banyak perkara termasuk sertai persatuan-persatuan di universiti untuk tingkatkan social skill kita.

5. Program ini dikatakan lebih mudah berbanding Asasi, Matrikulasi, dan Tingkatan 6, namun begitu 400 pelajar yang ambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal, akhirnya lebih separuh tidak berjaya menamatkan program, dan 100 lebih sahaja yang graduate on-time (3 tahun). Apa jadi kalau failed pada semester ke 6? Maka anda telah sia-siakan 3 tahun dalam hidup anda.

6. Sambung pengajian dalam diploma, anda akan dilayan seperti orang dewasa, nak pergi kelas pergi, tak nak pergi sudah (boleh kena band dari ambil final exam kalau di UiTM), nak pergi toilet tu, jangan sibuk minta izin, boleh kena marah nanti.

7. Selain universiti, Politeknik juga menawarkan program diploma ini untuk lepasan SPM, sebahagian Politeknik Premier menawarkan program degree.

Dewan kuliah di salah sebuah universiti tempatan

Asasi/Foundation Program

1. Masa belajar hanya 1 tahun, kemudian kita akan diberi peluang untuk melanjutkan degree di universiti tersebut. Contoh, belajar Asasi di UiTM akan diberi peluang Degree di UiTM. Sangat jarang atau hampir tiada univeristi yang menawarkan Asasi kemudian ambil Degree di universiti lain. Andai kata failed, sekurang-kurangnya hanya bazir 1 tahun sahaja. Kalau Diploma failed? dah 3 tahun bazir.

2. Kalau masuk program Asasi di IPTS, pembiayaan secara sendiri, biasiswa atau pinjaman PTPTN / MARA. Namun begitu, ada IPT yang tidak ditawarkan pinjaman MARA untuk program ini. Macam cikgu dulu dapat offer Asasi Aeronautik di UniKL cikgu juga dioffer tajaan untuk program Asasi ini.

3. Ada yang kata susah nak masuk Asasi ini, lebih-lebih lagi kalau masuk IPTA atau IPTS (dengan biasiswa). Memang agak susah nak masuk, biasanya kalau ada 6-7A dalam tangan baru mudah.

4. Asasi ini kalau tak habis, of course tak boleh pakai pun sijil itu untuk masuk kerja. Program ini kurang sedikit praktikal berbanding Diploma, tapi ada serba sedikit juga introduction dalam program. Total tempoh pengajian sehingga habis degree minimum adalah 4 tahun, kerana terdapat program IPT yang offer degree 3 tahun sahaja.

Pengalaman dalam dewan kuliah di Matrikulasi

Matrikulasi

1. Kalau masuk matrikulasi, untungnya program ini dibiayai oleh kerajaan Malaysia. Sebahagian pelajar siap dapat elaun sara diri setiap bulan.

2. Seperti yang ramai maklum, program matrikulasi hanya memakan masa 1 tahun kemudian boleh terus masuk degree. Namun begitu, ada juga yang ambil 2 tahun program ini mengikut offer yang diterima.

3. Di Matrikulasi belajarnya agak susah kemudian perlu belajar semua benda (sama macam SPM) tanpa pengkhursusan. Andai anda dapat CGPA 3.5 di matrik, belum tentu cukup hebat, ada yang struggle nak dapatkan tempat dan khursus di IPT.

4. Lepasan Matrik selalunya akan struggle sedikit untuk mendapat tempat di IPT kerana IPT akan utamakan pelajar-pelajar lepasan Asasi atau diploma mereka. Sijil Matrik juga tidak memberi peluang untuk anda bekerja, anda boleh guna sijil SPM sahaja masa minta kerja.

5. Feeling di Matrik macam seperti di sekolah / asrama. Pakaian tidak beruniform tetapi kena formal setiap hari, nak keluar kampus pun tak mudah, juga sama seperti di asrama. Total tempoh pengajian sehingga habis degree minimum adalah 5 tahun.

6. Kebiasaanya pelajar Matrikulasi yang masuk degree akan ada terasa sedikit (banyak) culture shock. Sebab perlu pelajari benda baharu, dan mean while kawan-kawan Asasi & diploma dah adapt dengan gaya hidup di universiti.

Sertai persatuan-persatuan sewaktu dalam kampus spt Persatuan Kesatria UiTM

Tingkatan 6/STPM

1. Program ini tempoh lebih singkat, belajar macam di sekolah padat, pantas, dan compact. Tengok je lah senior tingkatan 6 kat SSAAS tu, waktu belajar sama sahaja macam anda semua yang tingkatan 5 kan.

2. Result STPM aliran sains tulen kalau kencang 3.5 – 4.0 (straight A’s) nak minta belajar kat mana-mana pun boleh. Ini kelebihan STPM, tapi jarang pun kita dengar sebab zaman moden ini mostly pelajar mahukan experience baharu berbanding pakai baju sekolah dan dengar loceng sekolah sahaja.

3. STPM ini dikatakan (dikatakan lah) peperiksaan paling sukar di Asia. Jadi kalau skor tu memang passport menunggu untuk sambung luar negara. Kalau tak skor tu…. biasanya akan stuggle sikit untuk sambung pengajian degree sebab IPT akan utamakan pelajar-pelajar lepasan Asasi atau diploma mereka, namun begitu ada sedikit advantage berbanding Matrikulasi.

4. Pointer 2.75 STPM dikatakan lebih hebat daripada ponter 3.2-3.4 di Matrik sebab itu orang kata STPM lebih ada advantage berbanding Matrikulasi. Total tempoh pengajian sehingga habis degree minimum juga adalah 5 tahun.

Pelajar STPM di sekolah
Program latihan kemahiran di TVET

Sijil Kemahiran

1. Sijil kemahiran ini dikira seperti Pra-Universiti. Andai kata tidak layak untuk masuk Universiti atau Politeknik, anda masih boleh memilih program sijil kemahiran.

2. Pelbagai institusi yang menawarkan program ini, malah kalau di Jerman, Jepun dan negara-negara maju, program seperti ini lebih dipandang tinggi serta bayarannya lebih lumayan kerana memiliki skill dan kemahiran. Institusi dan program yang top cikgu simpan dahulu, nanti cikgu akan share dalam thread yang lain.

3. Program ini mengambil masa yang lama, lebih kurang 3 tahun. Kemudian, ia belum melayakkan kita untuk sambung degree, sebaliknya untuk sambung diploma.

4. Selesai tamat program kemahiran, kita dah boleh terus bekerja secara profesional dalam bidang tersebut dengan bayaran yang sangat lumayan. Kerja-kerja dengan sijil kemahiran seperti kimpalan, kimpalan dasar laut, membaiki enjin kenderaan, rekabentuk dan lain-lain.

Pelajar USIM berikrar selepas selesai pendaftaran kemasukan baharu

Tahmidi (USIM)

1. Program yang paling jarang didengari, kerana program ini khas di USIM sahaja. Program sama seperti Asasi, namun begitu hanya untuk lepasan sekolah agama (macam KISAS) sahaja.

2. Andai kata berminat dalam program ini, anda perlu fasih berbahasa Arab, kerana program ini memberi peluang dan pengkhususan dalam program Arabic dan Islamik, atau berpeluang melanjutkan pelajaran di negara-negara Arab.

Ni lah cikgu masa grad diploma dahulu. hensem tak?

Kesimpulan

Rata-rata pelajar rasa yang kalau boleh kita nak habis awal, habis awal, habis awal. Sebenarnya, ukur baju di badan sendiri. Fikir dan cuba lihat program-program yang paling sesuai untuk kita. Sebab sewaktu cikgu sambung diploma tempohari, ada kawan cikgu yang belum dapat tempat lagi di mana-mana IPT. Namun, sekarang ada yang dah ada PhD! Cikgu pula masih struggle dalam Master. Pedulikan apa orang kata. Ramai sahaja yang cakap cikgu ni “kurang pandai” sebab ambil diploma, tapi cikgu sendiri yang pilih kemana arah tuju. Jadi, cikgu doakan kejayaan semua yang membaca ini, semoga mendapat manfaat buat semua dan sama-sama kita membawa negara kita ke arah kemajuan.

SPM tinggal beberapa hari, andai perlukan bantuan Aster dalam subjek Add Math dan Fizik, Pusat Tuisyen Aster ada menawarkan program Kelas Cikgu Shahrin di mana program Video Tutorialnya yang sangat hebat memberi peluang pelajar menjawab soalan-soalan pastyear SPM, soalan percubaan negeri dan MRSM bersama-sama. Maklumat lanjut boleh ke www.aster.edu.my/kcs

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop