GOLD_WHITE
Start Now

DHIA QAISARA MEMILIH ASTER KERANA DI ASTER MEMPUNYAI KELAS “PERSONAL COACHING”

BELAJAR DEKAT ASTER NI SANGAT BERBALOI, SEBAB ASTER.EDU ADA MENGADAKAN “PERSONAL COACHING”, KALAU TAK FAHAM CIKGU AKAN TERANGKAN SATU PER SATU DAN CIKGU PUN BEST TAK STRESS SEWAKTU BELAJAR.

Dhia Qaisara merupakan salah seorang pelajar Aster.Edu yang berpuas hati dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Aster.Edu. Dhia Qaisara mengambil keputusan untuk mendaftar kelas Online Coaching Beta (OCB) yang telah dianjurkan Aster.Edu melalui kawan yang sertai kelas Aster. Pada pendapat Dhia Qaisara, cara cikgu-cikgu di Aster mengajar sangat bagus dan senang untuk faham segala yang diajar.

Sebelum ini, Dhia Qaisara pernah belajar di kelas tuisyen selain Aster.Edu tapi tuisyen tersebut tidak melakukan kelas “Online”, jadi kawan Dhia Qaisara yang memperkenalkan kepada beliau dengan Aster.Edu. Sebelum Dhia Qaisara sertai kelas dari Aster.Edu, subjek Sejarah beliau sangat teruk, ini disebabkan oleh beliau tidak dapat fokus sewaktu belajar di kelas. Dhia Qaisara juga banyak masuk kelas tuisyen yang lain dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 masih boleh fokus untuk belajar tapi Tingkatan 3 beliau kurang fokus disebabkan terlalu ramai pelajar yang masuk ke tuisyen.

Pada pendapat Dhia Qaisara, seronoknya belajar di Aster.Edu ni disebabkan Aster ada mengadakan satu kelas yang dinamakan “Personal Coaching” yang membolehkan Dhia Qaisara lebih fokus untuk belajar dan senang nak faham apa yang cikgu ajarkan. Bagi Dhia Qaisara, belajar di Aster.Edu ni sangat berbaloi sebab ada “Personal Coaching” yang hanya fokuskan terhadap satu pelajar dan kalau ada pelajar yang tak faham, cikgu akan terangkan hinggalah pelajar tersebut dapat tangkap apa yang diajar. Selain itu, Aster.Edu ni sangat bagus sebab dapat pilih waktu dan hari untuk “Personal Coaching” dan cikgu di Aster ni ada bercerita supaya pelajar-pelajar tak stress ketika belajar.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop