Assalamualaikum dan selamat sejahtera Astervengers yang saya kasihi. Makin hari, makin risau saya dengan jumlah kes yang meningkat. Kes tak berkurang, tapi meningkat dan meningkat.

Dah 3 kali saya berada dalam “moment” Covid-19 ini, dan sehingga hari ini saya dah 5 kali buat test Covid. Pertama kali pada akhir bulan 12 saya ke majlis tahlil, waktu itu covid tak tinggi sangat macam hari ini, tapi baru mula nak ‘spike’ balik. Sehari selepas majlis itu, kami dapati ada seorang yang positive dari kluster kilang-kilang. Saya dan isteri mula membuat RTK (rapid) test, waktu ini masih mahal RTK, dalam RM140 macam tu seorang. Tapi waktu itu saya bukan kontak rapat, hanya kita tahu majlis tu ada kes sahaja. Kali kedua pengalaman saya adalah ada kes di tadika anak saya. Isnin pagi masa nak hantar anak, sekolah bagi emergency message, ada kes. Kami hanya kuarantin di rumah, tak ke mana-mana, dan buat RTK selepas tadika maklumkan anak saya bukan kontak rapat. Alhamdulillah negative juga.

Kali ketiga, yang paling tak boleh saya lupakan. Hari Jumaat anak saya ada dirumah ibu saya macam biasa, cuma kakak saya tidak berapa sihat tak boleh ke pejabat, Maghrib saya ambil anak saya, makan malam dan solat jemaah. Tiba-tiba hari Isnin kami semua diberitahu kakak saya dan satu keluarganya (suami-isteri-anak) semua positif. Kami adalah kontak rapat. Pertama kami lakukan ujian RTK, untuk kami bertiga. Alhamdulillah negatif, tapi kali ni adalah kontak yang sangat rapat. Kami kuarantikan diri sehingga dipanggil KKM untuk ujian PCR.
Ramai Astervengers tahu saya berada di rumah dengan gelang pink sewaktu LIVE TeaTime. Alhamdulillah negatif juga result PCR oleh KKM. Dari mana kakak saya jangkit virus itu, masih tak dapat dikenalpasti. Covid-19 ini jangan sesekali kita bawa main, kalau boleh duduk di rumah, duduk sahaja. buat kerja di rumah, belajar di rumah, homework di rumah. Kalau tak faham nak tanya kawan, boleh whatsapp call, boleh google meet. Saya teringat, salah seorang pelajar Aster positif Covid sebab kawan datang rumah nak belajar sama-sama. Terus terang saya rasa kenapa saya terselamat selepas tiga kali menghadapi kontak rapat ini adalah disebabkan saya sangat-sangat jaga jarak, tidak bersalam, dan sentiasa sanitize tangan.

Hati-hati, kekalkan jarak, pakai mask sewaktu diluar, ikut sahaja SOP tu ok. Sebab secara logiknya 2 minggu lepas kes adalah 3000+ dan R-nt adalah 1+, jadi kadar keboleh jangkitan 1 kali ganda. Jadi kes hari ini 6000+ hingga 7000+ kes harian adalah logik, dan jika tak dibendung kita tak jaga SOP, kes boleh naik lagi sampai 12,000+ ke 14,000+ sehari. Kita pun tak nak kan. Jadi sama sama kita jaga kita. Banyak benda kita tak boleh kawal, tapi yang kita boleh kawal adalah diri kita sendiri. Sama-sama kita doakan semua bebas COVID-19 sehingga semua pulih.
Apa pun, sebabkan semua di rumah. Jangan lupa temujanji kita 29 Mei 2021 ini seminar Strive for A’s Anchor Add Math vs Math bersama cikgu Shahrin dan Sir Z. Ambil peluang ini untuk belajar dan handalkan lagi subjek-subjek ini. – Cikgu Najmie