GOLD_WHITE
Start Now

ASTER MERANGKUL 2 ANUGERAH DALAM SEBA 2021

Para-pengarah Aster bersama dua anugerah yang dirangkul dalam SEBA 2021

Syukur kehadirat illahi, 9 December 2021, Aster telah dijemput untuk ke gala dinner SME Entrepreneurs Business Award 2021 (SEBA) yang bertempat di Shangri-La Kuala Lumpur, dan Aster telah merangkul dua anugerah dan kedua-dua anugerah tersebut tersenarai dalam TOP 10.

Aster yang mula pada tahun 2015 mula berkembang dan fokus membantu pelajar-pelajar SPM yang mengambil subjek matematik tambahan, kini sedang membimbing lebih 1,000 pelajar secara dekat, malah telah bantu lebih 80,000 pelajar dari seluruh negera sepanjang 2015-2021.

Tahun ini, berkat usaha dan penat lelah Aster terbalas dengan dua anugerah yang sangat berprestij ini yang disampaikan dan disempurnakan sendiri oleh YAB Tan Sri Noh Omar, Menteri MEDAC.

Majlis Penyampaian Anugerah dari kiri : Sr VP Aster Tn Najmie Naharuddin, Founder Aster Tn Rafat Wajdy, YB Menteri MEDAC YAB Tan Sri Noh Omar, dan Mr Nitesh dari Yayasan Usahawan Negara

Aster telah menerima Anugerah TOP 10 BEST SME : Service Provider in Secondary Education 2021, sekaligus anugerah ini mengiktiraf Aster sebagai penyedia perkhidmatan terbaik dalam pendidikan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Anugerah kedua yang dinobatkan kepada Aster adalah menerusi Cikgu Shahrin Zikri, mentor Aster di mana beliau telah menerima TOP 10 Entrepreneur Most Inspiring Educator in Additional Mathematics, di mana anugerah ini mengiktiraf usaha Cikgu Shahrin yang telah membimbing lebih 80,000 pelajar secara kumulatif diseluruh Malaysia pada tahun 2020 & 2021.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua team Aster secara keseluruhan, Para Asterian iaitu ibubapa yang menyokong Aster, Astervengers-astervengers anak-anak didik Aster, yang sentiasa nak buat terbaik untuk membanggakan ibubapa. Kami sangat gembira dan bersyukur dengan anugerah ini. NAMUN, misi Aster masih besar, kami nak membantu 1,000,000 pelajar tahun hadapan, malah jauh lagi dari visi kami nak membantu membentuk pemimpin negara pada masa akan datang. Amin.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop