ASTER NI CARA PEMBELAJARANNYA SANGAT BAGUS, SAYA BOLEH IKUT SEGALA YANG CIKGU AJAR DAN SAYA LEBIH FAHAM CARA PEMBELAJARAN YANG CIKGU AJAR
Nur Amirah Nasir merupakan salah seorang pelajar Aster.Edu yang berpuas hati dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Aster.Edu. Nur Amirah Nasir mengambil keputusan untuk mendaftar kelas Online Coaching Beta (OCB) yang telah dianjurkan Aster.Edu melalui Seminar yang pernah Aster lakukan. Pada pendapat Nur Amirah Nasir, mula kenal Aster.Edu dari kawan yang share Seminar yang dianjurkan Aster.Edu.
Sebelum ini di sekolah, Nur Amirah Nasir merupakan pelajar yang mempunyai markah paling rendah di kalangan rakan-rakannya untuk subjek Matematik Tambahan. Beliau bertekad untuk sertai seminar dan kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak Aster.Edu dan markah beliau bagi subjek Matematik Tambahan semakin meningkat dan ada potensi untuk berkembang. Nur Amirah Nasir tertarik dengan Aster.Edu kerana cara pembelajaran dari Cikgu Shahrin sangat mudah untuk difahamkan dan Cikgu Shahrin ni juga prihatin terhadap pelajar-pelajarnya jika ada pelajarnya tidak faham, cikgu akan ulang balik sampailah pelajar tersebut faham.
Bagi Nur Amirah Nasir, menariknya belajar di Aster.Edu ni disebabkan beliau dapat mengisi masa lapang beliau dengan seminar yang dilaksanakan oleh Aster.Edu dan seminar tersebut banyak memberi ilmu berbanding di kelas biasa. Walaupun seminar tersebut berlangsung selama 9 jam, tapi ianya membuatkan Nur Amirah Nasir seronok kerana Cikgu Shahrin sering buat lawak dan kelas Cikgu Shahrin tidak membosankan.
Belajar dengan Aster.Edu ni sangat berbaloi kerana sebelum ni, Nur Amirah Nasir pernah masuk tuisyen “face to face” dan beliau merasakan masa yang diberikan sangat terhad, tapi bagi Aster.Edu, walaupun masa yang diberikan sangat panjang tapi beliau dapat faham segala yang cikgu-cikgu di Aster ajar kerana cara cikgu mengajar tak cepat sangat bila mengajar. Cara Cikgu Shahrin dan cikgu-cikgu di Aster.Edu mengajar masih boleh ikut sebab sebelum ni dekat sekolah, cara cikgu mengajar sangat laju kerana cikgu di sekolah nak kejar silibus yang diberikan.