GOLD_WHITE
Start Now

7 Tabiat Pelajar Berjaya

Hari ni cikgu nak share dengan semua student 7 Tabiat Pelajar Berjaya.

1. Tulis apa nak buat setiap hari, dan buat.

Kalau hari ni nak buat 30 soalan Algebra, jangan hanya niat dalam hati je. Pagi-pagi sampai kelas tu tulis terus dalam dairi nak buat 30 soalan Algebra pukul 4-5PM sebagai contoh. Nanti pukul 4-5PM ambil masa untuk jawab soalan-soalan yang awak dah target nak buat.

2. Membaca atau mendengar ilmu / perkara baru setiap hari

Baca lah sesuatu yang baru, tak rugi. Ilmu ni tak macam duit, lagi banyak ilmu apa masalah di dunia ni kita boleh selesaikan. Duit belum tentu lagi. Ilmu pula tak semestinya berkaitan akademik sahaja. Ilmu nak minum air dalam Islam pun boleh kita belajar. Tak suka membaca? Youtube lah!

3. Buat sesuatu perkara tu untuk keluarga dan utamakan kesihatan.

Bila fokus kita untuk ibubapa, pasti akan lebih baik hasilnya sebab niat kita murni. Dan pastikan awak study jangan sampai abaikan kesihatan. Sampai tak makan 3 hari 2 malam.

4. Belajar daripada orang yang betul, tanya kalau tak faham.

Awak ada kawan baik. Kawan baik awak pun sama je 2×5 dengan awak. Rajinkan diri tanya pada cikgu. Cikgu Aster ada, cikgu Shahrin, Sir Z tanya sahaja dalam group whatsapp atau telegram kalau tak faham. Rugi tau kalau kita sia-siakan orang yang betul untuk ditanya tapi kita tak tanya.

5. Bangun awal

Yang ni cikgu tak nafikan pelajar-pelajar semua mesti bangun awal nak masuk sekolah. Tapi bila bangun awal ni otak kita berfungsi dengan lebih cekap!

6. Tulis apa yang kita syukur

Syukur ni selalu kita lupa. Lupa nak bersyukur. Selalu nak bandingkan dengan orang lain. This is not good. Kerap bersyukur, dan tulis apa kebaikan yang Allah dah bagi kita hari ini. Bernafas, makan, minum, puasa, melihat, mendengar, bau, sihat. Macam-macam lah. Kita sahaja yang selalu tak bersyukur.

7. Bertindak pantas

Akhir sekali, bertindak pantas. Jangan bertangguh, sebab sekali kita bertangguh, kita bertangguh kejayaan. Nak mandi pun nak bertangguh. Nak makan pun nak bertangguh sebab nak main game. No No No. Ingat, bukan dah berjaya baru kita ada tabiat ni, tapi kena terapkan tabiat ni, baru kita boleh berjaya.

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop