Walaupun dalam keadaan pandemik ini, kita sebagai manusia akan mencari jalan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan. Jadi jom kita tengok 5 sukan yang boleh dilakukan sewaktu PKPB ini.
1. Sukan Badminton
Kita tahu Malaysia amat terkenal dengan sukan badminton, lebih-lebih lagi bila dalam kejiranan rumah teres, biasa kita jadikan pagar sebagai “net”, ada juga yang jadikan selipar dan sebagainya. Sukan Badminton dibenarkan bermain kerana tidak bersentuhan dan mengamalkan penjarakan fizikal tetapi bukan di dewan tertutup.
2. Berjogging dan Senaman Ringan
Untuk kekal sihat, paling mudah dan murah pastinya jogging. Jogging adalah dibenarkan selagi mana kita kekalkan penjarakan fizikal, dan pastikan kita tidak melepak tetapi mengambil peluang untuk bersenam.
3. Berbasikal
Basikal juga dibenarkan, sekarang pun kita tahu berbasikal seperti satu trend. Namun begitu, pastikan kekal penjarakan fizikal. Berbasikal di atas jalan raya amat berbahaya kerana penunggang basikal akan berkongsi ruang dengan kereta dan motorsikal, jadi pastikan kita ambil langkah yang selamat dan menjaga keselamatan dijalan raya.
4. Memancing
Memancing juga dibenarkan, selagi kita menjaga penjarakan fizikal, berhampiran kediaman dan terhad di tepi pantai, tebing sungai, kuala, tasik atau mana-mana yang bersesuaian tanpa melibatkan penggunaan bot dan sampan. Pastikan kita memancing ikan ya bukan lain pula dipancingnya.
5. E-sports
Bermain game adalah yang paling mudah sewaktu PKPB ini. Namun begitu pastikan kita dan anak-anak kita, atau adik kita main dalam masa yang tertentu, kerana mata kita boleh rosak jika menonton atau memandang kaca screen telefon terlalu lama. Jangan lupa ambil peluang untuk menyertai pertandingan e-Sports ini dan menang! Kalau asyik kalah atau e-mengemis sahaja, boleh tukar sukan.
Kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan ASTER, boleh layari www.aster.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami